Kadang-kadang mesti ada sebahagian isteri tu menyesal sebab berkahwin dengan suami yang tak soleh atau tak beriman, betul tak?
Sampaikan terlintas ” Buat apa saya jadi Isteri solehah kalau suami saya sendiri tak soleh”
Haa ni nak share satu kisah ni.
Siapa pernah dengar tentang Asiah Binti Muzahim. Beliau merupakan Isteri kepada Raja Firaun yang sangat kejam.
Jadi jom kita baca serba sedikit kisah hebat tentang beliau.
Lamaran Firaun ditolak oleh Siti Asiah
Asiah ni antara wanita yang mempunyai kecantikan yang luar biasa sehingga menjadi idaman para pemuda ketika itu.
Sehinggakan cerita tentang kecantikan dan kebaikan Asiah ni sampai kepada Firaun yang ketika itu juga ditabalkan sebagai raja pada usia 24 tahun.
Setelah mendengar cerita Asiah ini, Firaun menghantar Haman (menterinya) untuk merisik Asiah melalui ibu bapanya. Akan tetapi, Asiah tolak lamaran tersebut kerana beliau tahu bahwa firaun seorang raja yang biadap dan ingkar pada perintah Allah.
Firaun murka lalu mengarahkan supaya ibu bapa Asiah ditangkap, dipenjara dan diseksa. Manakala Asiah juga dibawa menghadap Firaun ke istana.
Firaun kemudiannya memberikan 2 pilihan kepada Asiah …
Pilihan pertama, beliau harus berkahwin dengan Firaun dan ibu bapanya juga akan dilepaskan. Manakala pilihan kedua, jika beliau menolak maka ibu bapanya akan dibakar hidup-hidup di hadapan mata Asiah sendiri.
Akhirnya beliau terpaksa membuat pilihan untuk berkahwin dengan Firaun demi menyelamatkan orang tuanya.
Tetapi Asiah meletakkan syarat:
- Firaun mesti membebaskan ibu bapanya
- Sediakan tempat tinggal yang baik, jaga kesihatan dan makan minum ibu bapanya
- Asiah sedia menjadi Isteri dan akan mengikuti Firaun dalam setiap acaranya tetapi tidak akan tidur sekatil dengan Firaun.
Sepanjang menjadi Isteri Firaun, Asiah tak putus asa berdoa memohon pelindungan Allah agar terpelihara kehormatannya dari Firaun. Ini kerana, ia tidak mahu disentuh oleh seorang yang zalim.
Maka Allah berikan pertolongan dengan menjelmakan Iblis menyerupai Asiah untuk melayani Firaun di bilik.
Asiah seorang yang menjaga iman tetapi menyorokkannya dari pengetahuan Firaun. Beliau juga tidak pernah mengabaikan kewajipannya kepada Allah walaupun hidup dalam kemewahan.
Asiah tetap jalankan tanggungjawabnya sebagai isteri yang baik meskipun suaminya zalim dan melakukan jenayah terbesar hingga mengaku dirinya tuhan.
Asiah seorang wanita yang tak berketurunan.
Pada suatu hari, Ia terjumpa seorang bayi lelaki di sungai. Terdetik pada waktu itu juga beliau mahu jadikan bayi itu sebagai anak angkatnya.
Akan tetapi, Firaun tidak mahu memberikan kesempatan hidup kepada bayi itu. Namun Asiah terus merayu sehinggalah suaminya mengizinkan.
“Semoga ia menjadi cahaya mata bagiku dan bagimu, janganlah kamu membunuhnya. Mudah-mudahan ia berguna kepada kita” – Surah Al-Qasas 28: 9
Siapa sangka perancangan Allah itu hebat, kerana bayi lelaki itu adalah Nabi Musa iaitu lelaki paling ditakuti oleh Firaun.
Nabi Musa dibesarkan di dalam kediamannya sendiri dan dijaga oleh isterinya. Beliau menyayangi Nabi Musa seperti anaknya sendiri.
Asiah kemudian menjemput seorang ke istana untuk menjadi ibu susuan kepada Nabi Musa dan mengupah dia atas khidmatnya. Tapi tanpa disedari oleh Asiah, penjaga itu sebenarnya adalah ibu Musa.
Nabi Musa juga mempunyai satu mukjizat yang sangat hebat sehinggakan ia dapat mengalahkan semua ahli sihir Firaun. Asiah yang melihat kejadian itu juga terpegun melihat keistimewaan yang diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa.
Walau bagaimanapun, Asiah tetap isteri Firaun yang kejam. Maka Asiah terpaksa mendiamkan diri.
Asiah akhirnya dedahkan secara terbuka tentang keimanannya
Selepas mendengar pendedahkan Asiah, Firaun lalu mengarahkan tenteranya untuk menyeksa Asiah dengan kejam di padang pasir yang panas itu.
Kemudian Asiah memandang kearah langit dalam keadaan terlentang terikat dari empat sisi. Lalu ia berdoa dalam …
“Ya Rabbku, bangunkanlah untukku di sisi-Mu sebuah rumah dalam firdaus, dan selamatkanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zhalim. – At-Tahrim : 11
Namun kedegilan Asiah membuatkan Firaun mengarahkan tenteranya untuk mencari sebuah batu besar. Lalu akhirnya, batu besar itu dibaling dan dijatuhkan ke arah Asiah sehingga ia meninggal dunia.
Maka kesimpulannya ..
Asiah ni hidup penuh dengan kemewahan yang kita sendiri tak mampu bayangkan, namun dia tahu bahwa kekayaan di dunia ini tidak akan kekal berbanding di akhirat kelak.
Rasulullah juga bersabda dalam hadis baginda :
“Wanita penghuni syurga yang paling utama adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran dan Asiah binti Muzahim isteri Firaun.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Haa macam mana menarik tak perkongsian harini?
Kalau mahukan perkongsian yang lebih menarik dan banyak, jangan lupa ikuti kami di Channel Telegram https://t.me/sedekahmuslim