fbpx

Alhamdulillah, 4 pasangan pengantin yang merupakan dari kalangan asnaf selamat dinikahkan dengan sempurna di No 11, Jalan Pawang, Datuk Keramat.

“Tujuan Majlis Walimatul Urus ini diadakan adalah untuk membantu para asnaf yang kurang berkemampuan dalam menguruskan pernikahan mereka” kata Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz yang merupakan Pengerusi PERKIM Cawangan Datuk Keramat.

Untuk menjayakan majlis ini juga, PERKIM DK membantu mereka dalam memberikan sokongan serta dana untuk kesemua pasangan ini. Di samping, mendapat kerjasama dari Pertubuhan Ar-Riqab.

“Kami berharap agar semua umat Islam memilih jalan syariat melalui pernikahan yang sah serta melalui jalan halal berbanding memilih jalan singkat yang haram dan penuh dengan maksiat dan zina.”

“Semoga pasangan muda diluar sana segera menikah bagi mengelakkan terjerumus ke lembah dosa dengan perbuatan mungkar dan maksiat.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada