fbpx
LOGO-DI-WEBSITE-
KASIHI DAN SAYANGI SAUDARA SEISLAM

KASIHI SAUDARA SEISLAM

Hadis ini merupakan hadis ke-13 dari hadis 40 karangan Imam Nawawi. Hadis berkenaan dengan hadis mengasihi saudara ini membincangkan adab dan akhlak yang baik bagi seorang muslim terhadap saudaranya supaya silaturahim dan kasih sayang selalu terjalin dengan baik, mesra dan harmoni dalam kehidupan bermasyarakat.

عن أبي حمزة أنس بن مالكٍ رضي الله عنه خادم رسول الله صلى الله عليه وسلم عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ‏

Maksudnya: “Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik RA, khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: “Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (HR Bukhari dan Muslim)

PENGAJARAN

  • Berkasih Sayang Dalam Masyarakat Islam

Hadis Rasulullah SAW iaitu hadis mengasihi saudara ini menerangkan hubungan iman seseorang dengan cinta. Iaitu cinta dan kasih sayang terhadap saudaranya sesama muslim seperti cintanya kepada dirinya sendiri. Cinta ini dihubungkan dengan iman sehingga tidak sempurna iman kerana tidak cinta kepada saudara seislam. Cinta yang dimaksudkan ialah yang didasarkan kepada agama, bukan kepada perikemanusiaan semata-mata.

Muslim yang beriman adalah muslim yang jauh daripada sifat keakuan, iri hati, membenci dan hasad dengki. Dia juga tidak suka untuk orang lain kecuali apa yang dia suka untuk dirinya sendiri seperti tenang dengan kesenangan hidup orang lain, seronok dengan kejayaan orang lain, bahagia melihat orang lain mendapat kesenangan hidup dan segera memberi pertolongan apabila melihat kesusahan orang lain. Inilah di antara perkara yang akan menjayakan kesempurnaan iman seseorang dalam mencapai redha Allah dan keampunan daripada Allah. Sabda Rasulullah SAW:

وَأَحِبَّ لِلنَّاسِ مَا تُحِبُّ لِنَفْسِكَ تَكُنْ مُسْلِمًا

Maksudnya: “Kasihkanlah kepada manusia sesuatu yang kamu kasih untuk diri kamu, kamu akan menjadi muslim” (HR Tirmizi)

  • Akibat Tidak Cinta Dan Tidak Wujud Kasih Sayang

Imam Nawawi berkata: “Apabila seseorang tidak mencintai saudaranya sebagaimana ia cinta kepada dirinya sendiri, maka dia adalah seorang pendengki”. Pendengki menurut pendapat Imam Ghazali ada tiga keadaan:

  1. Bercita-cita supaya hilang terus nikmat orang lain dan berpindah nikmat itu kepadanya
  2. Bercita-cita supaya hilang nikmat tersebut sekalipun ia tidak mendapatnya
  3. Tidak bercita-cita hilang nikmat itu dari orang lain tetapi dia tidak suka melihat orang itu lebih tinggi keadaan daripadanya atau lebih banyak mendapat bahagian daripadanya, apa yang disukainya biar sama tarafnya.

Sifat dengki adalah ditegah dalam agama, kerana ia jelas menunjukkan bahawa mereka tidak suka kepada apa yang telah dikurniakan oleh Allah. Siapa yang tidak suka dengan apa yang telah ditentukan Allah, adalah melawan ketentuan Allah dan kebijaksanaanNya, serta tidak ada perasaan insaf dan kasih saying dalam dirinya. Firman Allah dalam surah al-Zukhruf, ayat 32:

اَهُمْ يَقْسِمُوْنَ رَحْمَتَ رَبِّكَۗ نَحْنُ قَسَمْنَا بَيْنَهُمْ مَّعِيْشَتَهُمْ فِى الْحَيٰوةِ الدُّنْيَاۙ وَرَفَعْنَا بَعْضَهُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجٰتٍ لِّيَتَّخِذَ بَعْضُهُمْ بَعْضًا سُخْرِيًّا ۗوَرَحْمَتُ رَبِّكَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُوْنَ

Maksudnya: “Apakah mereka yang membagi-bagi rahmat Tuhanmu? Kamilah yang menentukan penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan Kami telah meninggikan sebagian mereka atas sebagian yang lain beberapa derajat, agar sebagian mereka dapat memanfaatkan sebagian yang lain. Dan rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.”

  • Masyarakat Mulia Adalah Hasil Keimanan

Berdasarkan hadis ini Rasulullah SAW menggalakkan setiap muslim hendaklah mendidik dirinya mengasihi kebaikan untuk orang lain, supaya semua itu menjadi bukti kebenaran iman dan keelokan islamnya. Dengan itu akan terbina masyarakat yang harmoni yang lahir daripada individu yang saling sayang menyayangi dan hormat menghormati.

Kebaikan berkembang dalam kehidupan masyarakat, seterusnya kezaliman dan kejahatan terhapus serta urusan-urusan kehidupan menjadi tersusun. Hal ini berlaku kerana setiap individu saling menunaikan hak, menyempurnakan tanggungjawab dan berusaha untuk menggembirakan saudaranya sebagaimana dia berusaha untuk dirinya sendiri. Ketika itu Allah akan menganugerahkan kepada masyarakat mukmin kemuliaan dan kepimpinan dunia di samping pahala serta balasan yang baik di akhirat kelak. Sabda Rasulullah SAW:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى ‏”‏ ‏.

Maksudnya: “Perumpamaan orang-orang mukmin dalam berkasih sayang kecintaan dan lemah-lembut mereka seperti satu badan apabila satu anggota badan mengadu kesakitan maka Seluruh anggota turut Menanggung kesakitan dan sama-sama berjaga malam” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

KESIMPULAN

Ketahuilah bahawa Seorang mu’min dengan mu’min yang lainnya bagaikan satu jiwa, jika dia mencintai saudaranya, maka seakan-akan dia mencintai dirinya sendiri. Sebagi muslim, kita harus mengelakkan diri dari perbuatan hasad (dengki) dan kerana hal tersebut bertentangan dengan kesempurnaan iman seperti yang disebutkan dalam hadis mengasihi saudara ini. Iman dapat bertambah dan berkurang, bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan. Oleh itu, kita dianjurkan untuk bersatu hati sesama umat Islam, seperti yang disebut dalam al-Quran, surah al-Imran ayat 103:

وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللّٰهِ جَمِيْعًا وَّلَا تَفَرَّقُوْا ۖ

Maksudnya: “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai”

Wallahu a’alam.

Oleh itu, marilah kita menzahirkan rasa kasih dan sayang kepada saudara seislam kita yang banyak memerlukan bantuan dengan menghulurkan sedikit sumbangan daripada kita. Mari tekan butang “Sumbangan Diperlukan Segera” dibawah dan memilih mana-mana agensi/madrasah untuk disalurkan sumbangan.

Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan menerima. Terima kasih.

Sudahkah Anda Bersedekah Hari Ini?

Jika belum jom sama-sama dengan SedekahMuslim.com membantu mereka yang dalam kesusahan seperti asnaf, ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik , muallaf, anak yatim dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada