fbpx

Jom harini kita kenal dengan lebih mendalam tentang sahabat Nabi yang bernama Muaz bin Jabal. Kalau sebelum ni mungkin kita selalu dengar tentang Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidina Ali je kan…

Jadi untuk kalini pula kita kenali juga sahabat Nabi yang tidak kurang hebatnya seperti sahabat-sahabat yang lain.

Dengarnya sampai Nabi Muhammad SAW sendiri puji.

Kalau nak tau, jom lanjutkan pembacaan!

Kisah Hidup Muaz Bin Jabal

Nama penuh beliau adalah Muaz bin Jabal bin Amr bin Aus. Beliau ini berasal daripada keturunan kabilah Aus yang merupakan salah satu kabilah terbesar yang berada di kota Madinah.

Beliau ini termasuk dalam salah satu golongan yang awal memeluk agama Islam. Ketika itu, Muaz masih lagi berumur 18 tahun. Beliau memeluk agama Islam melalui dakwah yang dibawa oleh Mus’ab bin Umair yang diutuskan oleh Rasulullah SAW untuk mendakwahi penduduk Madinah pada saat itu.

Muaz bin Jabal adalah seorang tokoh dari kalangan Anshar yang ikut baiat di perjanjian Aqabah kedua.

Di samping itu, Muaz ini merupakan salah seorang dari 6 orang sahabat yang menghafal Al-Quran di zaman Rasulullah SAW dan berjaya mengumpulkan Al-Quran secara sempurna.

Sewaktu zaman Rasulullah SAW masih hidup, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar mengangkat Muaz untuk menjadi guru bagi kaum muslimin disebabkan kealiman dan kewibawaan ilmu yang dimiliki olehnya.

Muaz bin Jabal wafat pada tahun 28 Hijrah di daerah Syam. Sebelum kewafatannya itu, negeri Syam sedang dilanda wabak penyakit taun dan Muaz bin Jabal juga wafat disebabkan penyakit taun tersebut.

Nama Muaz bin Jabal ada di dalam Hadis

Ketika Rasulullah SAW memberi pujian kepada seseorang, pujiannya itu bukanlah hanya sebagai bahan perbualan belaka. Tetapi ia adalah sebagai tanda sebuah pengesyoran untuk orang itu dijadikan sumber rujukan bagi umat yang mendatang.

Muaz adalah salah seorang sahabat yang banyak dipuji oleh Rasulullah SAW. Salah satu sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi berbunyi;

أعلم أمتي بالحلال والحرام معاذ بن جبل

“Umatku yang paling tahu tentang halal dan haram adalah Muadz bin Jabal.”

Selain itu, terdapat juga sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawasanya Rasulullah SAW bersabda;

اسْتَقْرِئُوا الْقُرْآنَ مِنْ أَرْبَعَةٍ: مِنِ ابْنِ مَسْعُودٍ، وَسَالِمٍ، مَوْلَى أَبِي حُذَيْفَةَ، وَأُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ، وَمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ

“Belajarlah Al-Quran dari empat orang: Ibnu Mas’ud, Salim maula Abu Hudzaifah, Ubay bin Ka’ab, dan Muadz bin Jabal.”

Hebat bukan sosok tubuh sahabat Nabi, Muaz bin Jabal. Semoga serba sedikit cerita ini menjadi inspirasi buat kita untuk bersungguh-sungguh dalam mempelajari ilmu dan Al-Quran.

Kalau anda nak lagi perkongsian yang lebih menarik dan bermanfaat, jom ikuti Channel Telegram di sebelah » https://t.me/sedekahmuslim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada