Setengah juta anak-anak yatim di Yaman sering kelaparan dan tak cukup makan sampai timbul masalah kekurangan nutrisi untuk membesar dengan sempurna.
Bila musim sejuk tiba, keadaan jadi lagi teruk kerana mereka tiada baju tebal yang mencukupi dan terpaksa menahan kesejukan yang mencengkam tulang.
Pendidikan, yang sepatutnya menjadi hak setiap kanak-kanak terpaksa dilupakan kerana sekolah-sekolah telah hancur atau ditutup dan guru-guru tidak dapat mengajar dalam keadaan yang tidak menentu.
Mereka bukan sahaja kehilangan keluarga, tetapi juga kehilangan rasa keamanan, pendidikan, dan masa depan yang cerah.
Keadaan di Yaman telah menghancurkan binaan dan rumah mereka serta mencuri harapan generasi yang akan datang.
Tidak ada anak kecil yang seharusnya mengalami trauma melihat keluarganya terkorban, rumah mereka hancur, atau kawan-kawan mereka luka-luka.
Namun, ini adalah kenyataan yang sering dihadapi oleh ribuan anak yatim di Yaman setiap hari.