fbpx

Sepanjang sejarah, Islam telah memiliki banyak tauladan wanita yang tidak diragukan lagi kesucian dan rupawannya.

Salah satu di antaranya Siti Maryam. Wanita terbaik sepanjang zaman ini dilahirkan setelah melalui proses yang sangat panjang.

Kisah beliau ini adalah satu kisah yang cukup-cukup istimewa sehinggakan sesuai dijadikan idola untuk setiap wanita.

Maryam dilahirkan dari keluarga Imran

Maryam lahir daripada seorang ibu bernama Hannah binti Faqudz (saudara ipar Nabi Zakaria) dan ayahnya bernama Imran seorang tokoh dari Ulama Bani Israel.

Bertahun tahun menjalani kehidupan bersama Imran, Hannah telah melakukan berbagai cara untuk memperoleh anak, akan tetapi tak pernah tercapai.

Dia akhirnya mengandung setelah bernazar (berjanji) kepada Allah apabila permohonannya dikabulkan, Hannah akan menyerahkan dan menghibahkan anaknya ke Baitul Maqdis untuk menjadi pelayan, penjaga dan memelihara Rumah Suci (Bait Allah).

Allah SWT berfirman dalam Surah Ali’Imran ayat 35 : “Ingatlah ketika isteri Imran berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku bernazar kepada-MU, kandunganku (kelak) menjadi hamba yang mengabdikan diri (kepada-MU), maka terimalah (nazarku). Sesungguhnya, ENGKAULAH yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” 

Siapa sangka setelah menjelang masa kelahiran, Imran meninggal dunia. Jadi Hannah harus melahirkan seorang diri tanpa didampingi suami. Kekecewaan juga menerpa saat terlahir bayi perempuan kerana Hannah menginginkan seorang putra untuk dihibahkan kepada Baitul Maqdis.

Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia dalam Surah Ali-Imran ayat 36 : “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.

Maryam terlahir sebagai anak yatim. Meski demikian, banyak ahli ibadah di Baitul Maqdis yang ingin mengasuhnya. sehinggakan tidak ada yang mahu mengalah.

Mereka pun sepakat untuk bermain satu permainan iaitu membuang pensel masing-masing ke dalam sungai. Pensel siapa yang tidak tenggelam, maka dialah yang berhak menjaga Maryam. Permainan tersebut akhirnya dimenangkan oleh Nabi Zakaria iaitu bapa saudaranya.

Maryam menjalani hari-harinya di bawah jagaan Nabi Zakaria. Maryam diletakkan di atas mihrab yang tinggi sehingga tidak boleh dimasuki oleh sesiapapun kecuali bapa saudaranya.

Hal ini membolehkan Maryam untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam beribadah kepada Allah tanpa gangguan hal sekelilingnya.

Peristiwa ajaib yang berlaku pada Maryam

Banyak sebenarnya perkara ajaib yang berlaku pada beliau. Antaranya ialah dia sering dapat buah-buahan dan makanan tanpa mengetahui siapa pemberinya.

Kisah ini disingkap di dalam Al-Quran dalam surah Ali Imran ayat 37.

Setiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya.

Nabi Zakaria bertanya:” Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?”

Maryam menjawab; “Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira”. 

Pada suatu malam, ketika Maryam sedang bertasbih datangnya malaikat Jibril yang diutuskan Allah untuk bertemu Maryam dimihrabnya.

Lalu Jibril menyampaikan berita bahawa Maryam akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki iaitu Al-Masih Isa. Kejadian ini diriwayatkan dalam Surah Ali Imran ayat 45 dan 47.

(Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).

Maryam berkata:” Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?”

Allah berfirman; “Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah engkau, lalu menjadilah ia.”

Kelahiran Nabi Isa AS di bawah pohon tamar

Setelah sampai waktu untuk melahirkan, Maryam pergi ke suatu tempat untuk mengasingkan diri supaya Nabi Isa A.S dapat dilahirkan tanpa diketahui masyarakat.

Disaat kelahiran bayi tersebut, Maryam diperintahkan untuk menggoncangkan batang tamar untuk dia mengisi perut dan menadah air dari sungai berdekatan untuk menghilangkan dahaganya.

Maryam membawa pulang Nabi Isa A.S ke mihrabnya. Sewaktu melalui kota, mereka terserempak dengan penduduk kota yang hairan melihat bayi yang dibawa oleh Maryam.

Mereka bertanyakan anak siapakah itu, namun tiada jawapan diberi oleh Maryam. Sehingga ada juga penduduk yang menfitnah Maryam melakukan dosa besar sehingga mengandungkan bayi itu.

Maryam bernazar untuk tidak berkata apa-apa kerana dirinya berpuasa. Dia menunjukkan kearah anaknya itu. Maka bertuturlah bayi tersebut bahawa dirinya adalah pesuruh Allah dan dikurniakan kitab Injil untuk menjalankan perintah Allah.

Seperti di dalam Surah Maryam ayat 30 hingga 32, ia menjawab:

”Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi.Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.”

”Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.”

Kenapa kita perlu mengidolakan Siti Maryam?

Zaman sekarang ini sebenarnya, ramai wanita susah untuk menjaga kehormatan diri. Ini disebabkan banyak terpengaruh dengan dunia luar. Lebih lagi apabila kita di zaman yang penuh dengan trend-trend, mesti akan menaikkan nafsu kita yang kadang-kadang rasa nak ikut perkara ini.

Tapi ingatlah macam mana kisah Maryam, walaupun pada ketika usianya masih muda dan dalam keadaan adanya naluri sebagai manusia biasa.

Beliau tetap kuat menjaga kesucian, kehormatan dan beliau lebih memlih untuk menghabiskan masa di tempat beribadah berbanding untuk berseronok.

Jadi bagaimana pula kita menjaga kehormatan diri, sebagaimana Maryam menjaga dirinya?

Oleh sebab itu, pentingnya wanita zaman kini untuk memelihara maruah diri dengan adanya sifat malu dan mengamalkan garis panduan ikhtilat dalam bersosial dengan golongan yang berlainan jantina supaya dapat menghindarkan diri daripada fitnah serta mengekang diri daripada menghampiri perbuatan zina.

Hal ini kerana Islam amat memandang tinggi martabat seseorang wanita.

Haa untuk perkongsian lebih menarik dan bermanfaat berkaitan isu semasa, kisah Islam dan lain-lain, Anda boleh join Channel Telegram SedekahMuslim.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada