Malaikat merupakan makhluk suci yang diciptakan dari cahaya oleh Allah SWT. Selain itu, malaikat tidak memiliki hawa nafsu dan tidak berjantina seperti manusia.Tetapi, mempunyai pelbagai tugas yang besar, sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah SWT.
Manakala dalam bahasa Arab, perkataan “Malaikat” sendiri merupakan jamak dari kata malak yang berarti kekuatan. Kata ini sendiri menjadi bentuk mashdar (infinitif) al-alukah yang bermaksud risalah ataupun misi.
Justeru itu, umat Islam juga wajib mempercayai kewujudan para malaikat ini, walaupun tak terlihat secara mata kasar. Ini kerana, dalam Islam percaya dan beriman kepada malaikat termasuk dalam rukun iman kedua.
Meskipun terdapat ribuan malaikat, tapi hanya ada 10 saja nama malaikat dan tugasnya yang wajib diketahui. Jom ikuti penjelasan di bawah!
1. Malaikat Jibril
Tugasnya adalah menyampaikan wahyu dari Allah SWT kepada para rasul.
Malaikat Jibril lah yang menyampaikan Al-Quran secara perlahan-lahan kepada Nabi Muhammad SAW.
“Katakan lah, barangsiapa yang menjadi musuh Jibril, maka Jibril itu telah menurunkannya (Al-Quran) ke dalam hatimu dengan izin Allah; membenarkan apa (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman.” – Firman Allah dalam surat Al-Baqarah ayat 97.
Selain daripada tugas utamanya, malaikat Jibril juga meniupkan roh pada setiap janin yang masih ada di dalam kandungan.
Manakala di dalam Alquran, malaikat Jibril juga mempunyai panggilan lain antaranya seperti Ruh Al-Quds, Ruh Al-Amin, dan Namus.
2. Malaikat Mikail
Tugas dan tanggungjawab utamanya adalah mengirimkan rezeki dari Allah SWT kepada manusia.
Selain itu, malaikat Mikail tidak hanya memberikan rezeki kepada manusia saja, tetapi kepada tumbuhan dan haiwan juga. Malaikat Mikail juga mengatur air serta menurunkan hujan dan petir ke muka bumi.
Ada disebut dalam Al-Quran, pada surah Al-Baqarah ayat 98:
“Barangsiapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikatNya, rasul-rasulNya, Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah adalah musuh orang-orang kafir.”
3. Malaikat Israfil
Malaikat pertama yang diciptakan oleh Allah SWT dan ditugaskan untuk meniup sangkakala pada hari Kiamat.
Tiupan sangkakala yang pertama merupakan tiupan penanda datangnya hari Kiamat, dan tiupan yang kedua merupakan tiupan tandanya hari kebangkitan.
Firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 68:
“Dan ditiuplah sangkakala, maka mati lah siapa yang di langit dan bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu putusannya masing-masing.”
4. Malaikat Izrail
Malaikat Izrail adalah malaikat yang mempunyai tugas untuk mencabut nyawa manusia. Ia dikenali juga dengan panggilan “malaikat maut”.
Tidak ada satu makhluk pun yang akan terlewat dari takdirnya untuk meninggal. Jika memang sudah waktunya, maka malaikat Izrail akan mendatangi makhluk tersebut dan mencabut nyawanya.
Malaikat Izrail akan mencabut nyawa orang yang beriman dengan lembut. Sedangkan orang kafir akan dicabut dengan penuh kesulitan dan rasa sakit.
5. Malaikat Munkar
Tugasnya adalah menyoal manusia di dalam kubur setelah manusia itu meninggal. Malaikat Munkar akan menanyakan tentang perihal keimanan seseorang yang telah mati.
Ia juga akan mendatangi seseorang yang banyak buat keburukan selama hidupnya. Malaikat Munkar juga diceritakan akan datang dengan wajah yang menyeramkan serta membawa senjata sebagai seksaan.
Jika ada manusia yang ditanyai olehnya dan tak dapat menjawab, maka senjata tersebut akan menghentamnya sampai hancur.
Kemudian, manusia tersebut dibangkitkan kembali dan diberi pertanyaan yang sama hingga hari kebangkitan tiba.
6. Malaikat Nakir
Tugas malaikat Nakir tak jauh beza seperti malaikat Munkar. Tetapi, malaikat Nakir bertugas menanyai orang dalam kubur yang telah berbuat baik semasa hidup.
Malaikat keenam ini memiliki wajah yang indah dan menenangkan saat dilihat. Namun, pertanyaan yang diajukan kepada ahli kubur sama dengan pertanyaan malaikat Munkar.
Antara soalannya seperti hadis di bawah:
“Keduanya (malaikat Munkar dan Nakir) bertanya kepada setiap ahli kubur dengan bahasa yang bersangkutan. Keduanya bertanya, ‘Siapa tuhanmu? Apa agamamu? Siapa Nabimu? Apa kiblatmu? Siapa saudaramu? Apa imammu? Apa jalan hidupmu? Apa amalmu?’.”
Hanya orang yang boleh menjawab pertanyaan tersebut akan diberikan kelapangan di alam kubur sambil menanti datangnya hari Kiamat.
7. Malaikat Raqib
Tugasnya adalah mencatat amal kebaikan manusia semasa ia hidup. Dia mengiringi setiap langkah di bahu kanan manusia dan mencatat segalanya untuk diserahkan kepada Allah SWT di hari perhitungan.
Manusia yang memiliki banyak amal kebaikan dibandingkan amal buruk akan mendapatkan hadiah berupa syurga di hari pembalasan kelak.
8. Malaikat Atid
Malaikat Atid yang bertugas mencatat amal buruk manusia. Serta mengiring langkah manusia di bahu kiri dan mencatat keburukan manusia untuk diserahkan kepada Allah SWT.
Barangsiapa yang berat timbangan keburukannya akan dihukum di neraka.
9. Malaikat Ridwan
Malaikat Ridwan yang bertugas menjaga pintu syurga. Malaikat Ridwan akan membuka pintu syurga serta menyambut orang yang beriman untuk masuk ke dalamnya saat diperintahkan oleh Allah SWT.
Hal ini sesuai dengan maksud surah Al-Baqarah ayat 25:
“Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga itu.”
10. Malaikat Malik
Tugas malaikat Malik pula adalah menjaga pintu neraka. Malaikat Malik disebut juga sebagai “malaikat zabaniyyah” bertugas menjaga dan mengatur siksa (azab) bagi para penghuni neraka.
Selain itu, ia memiliki wajah yang menyeramkan, bahkan api neraka pun takut kepadanya. Neraka adalah tempat bagi orang yang hidupnya selalu berbuat jahat dan tidak beriman kepada Allah SWT.
Di dalam neraka, orang-orang tersebut mendapatkan balasan atas perbuatannya. Hal ini sesuai dengan surat At-Tahrim ayat 6:
“Hai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu. Ini kerana penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
Akhir sekali, ada beberapa hikmah yang dapat kita petik daripada sifat beriman kepada malaikat. Antaranya :
- Selalu taat dan bertakwa kepada Allah SWT
- Malaikat sentiasa mengawasi perkataan dan perbuatan kita
- Niat sentiasa kerana Allah SWT
- Konsisten beramal soleh kerana itulah bekal yang akan kita bawa untuk menghadap Allah SWT.
Untuk perkongsian yang lebih menarik dan bermanfaat, anda boleh join Channel Telegram kami » SedekahMuslim.com