fbpx

Nusaibah binti Ka’ab Al-Anshariyah adalah seorang sahabat wanita Rasulullah SAW yang agung lagi pemberani.

Banyak jasa yang beliau ukir dalam perjuangan dakwah Islam. Sehinggakan beliau digelar “Ummu Umarah” iaitu salah satu contoh keberanian yang abadi.

Siapakah Nusaibah Binti Ka’ab ini?

Beliau berasal dari kalangan Al-Anshariyah, Al-Kahzrajiyyah, An-Najjariyah, Al-Maziniyyah, Al-Madaniyyah. Nusaibah binti Ka’ab merupakan keturunan Bani Najjar, sebuah suku di Madinah.

Selain itu, Nusaibah adalah salah seorang wanita yang pertama memeluk Islam. Nusaibah adalah isteri kepada Zaid bin ‘Ashim dan dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Abdullah dan Hubaib. Setelah Zaid bin ‘Ashim meninggal dalam peperangan, dia menikah dengan Ghaziyyah bin ‘Amr. Lalu dia dikurniakan lagi seorang anak bernama Khaulah.

Nusaibah binti Kaab adalah seorang wanita yang cerdas, perkasa dan berani menghadapi apapun demi melindungi Nabi Muhammad SAW dari mara bahaya.

Kisah Perjuangan di Medan Perang

Sebagai perempuan, Nusaibah sangatlah berani dan pantang menyerah. Beliau dengan gagah memerangi semua musuh yang mengancam nyawa Nabi Muhammad SAW, bahkan dia rela melindungi Rasulullah SAW dengan nyawanya sendiri.

Nusaibah bukan hanya mengurus logistik, membawakan air atau merawat orang-orang yang terluka, namun ia juga ikut mengangkat senjata ke medan perang.

Antaranya sewaktu Perang Uhud. Dikisahkan pada saat itu di bukit Uhud sekitar tahun 625 Masihi, ada dalam 7,000 tentara Islam yang dipimpin Nabi Muhammad SAW berperang melawan sekitar 3,000 tentara Kafir yang diketui oleh Abu Sufyan.

Ketika tentara Islam hampir menang, banyak pasukan yang tergiur oleh ghanimah (harta rampasan perang) sehingga lalai dan tidak mematuhi perintah Rasulullah SAW.

Melihat adanya celah, musuh Rasulullah pun kembali menyerang disaat tentara Islam sedang tidak siap bertarung. Lalu Nusaibah tanpa ragu ia mengangkat pedang, panah dan memakai perisai lalu berperang penuh keberanian dan tidak menghiraukan diri sendiri demi melindungi Rasulullah.

Saat itu, Nusaibah menderita luka-luka di seluruh tubuhnya. Namun hebatnya, Nusaibah tidak pernah mengeluh, mengadu, atau bersedih.

Ketika Rasulullah melihat Nusaibah terluka, beliau bersabda, “Wahai Abdullah (putra Nusaibah), balutlah luka ibumu! Ya Allah, jadikanlah Nusaibah dan anaknya sebagai sahabatku di dalam syurga.”

Mendengar doa Rasulullah, Nusaibah tidak lagi menghiraukan luka di tubuhnya dan terus berperang, membela Rasulullah dan agama Allah. “Aku telah meninggalkan urusan duniawi!”, kata Nusaibah.

Haa, dari kisah ini memang tidak hairanlah kalau beliau diberikan gelaran sebagai “Perisai Rasulullah”.

Selain Perang Uhud, Nusaibah bersama suami dan putra-putranya juga ikut dalam peristiwa Hudaibiyah, Perang Khaibar, Perang Hunain dan Perang Yamamah.

Namun, akhirnya Perang Yamamah yang dipimpin oleh Musailamah, menjadi perang terakhir Nusaibah binti Kaab dan beliau wafat pada tahun ke-13 Hijriah. Nusaibah dimakamkan di Al-Baqi di Makkah.

Salah Seorang Perempuan yang Ikut Baitul Aqabah ke-2

Nusaibah merupakan seorang daripada dua perempuan yang ikut dalam Baitul Aqabah ke-2.

Yang merupakan perjanjian yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap 73 orang lelaki dan 2 orang wanita dari Yatsrib pada waktu tengah malam, yang mana mereka bersumpah setia kepada Rasulullah dalam melaksanakan tiga perkara:

  • Tidak menyekutukan Allah SWT
  • Melaksanakan apa yang Allah perintahkan
  • Meninggalkan apa yang Allah larang

Wanita Itu Bukan Manusia Lemah

Dari kisah Nusaibah Binti Kaab ini telah menunjukkan bahawa seorang wanita itu bukan harus bersifat lemah lembut. Ada yang mengatakan bahawa wanita lebih sesuai menjadi sebagai suri rumah berbanding mempunyai kerjaya sendiri.

Tapi kalau tengok dari kisah Nusaibah, beliau bukan hanya melaksanakan kewajipannya sebagai isteri dan ibu yang baik, tetapi beliau juga turut mengangkat senjata bersama Rasulullah SAW dan tentara Islam yang lainnya.

Dari Nusaibah bin Ka’ab kita boleh melihat bahawa wanita juga berhak dan mampu melakukan apapun.

Jadi kenapa wanita harus memilih antara menjadi suri rumah atau wanita berkerjaya? Sedangkan pada kenyataan wanita boleh memiliki keduanya.

Sesungguhnya dalam Islam juga telah mengangkat darjat seorang perempuan itu menjadi lebih tinggi dan mulia, serta tidak pernah membezakan lelaki atau perempuan dalam perkara yang menjemput pahala.

Allah SWT berfirman dalam Q.S Ali Imran ayat 195 yang bermaksud; “Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan.”

Haa untuk perkongsian lebih menarik dan bermanfaat berkaitan isu semasa, kisah Islam dan lain-lain, Anda boleh join Channel Telegram SedekahMuslim.com sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada