fbpx

Semua mesti tahu tentang kisah mulan yang menyamar sebagai lelaki ketika berperang kan?

Tahu tak, dalam sejarah Islam juga ada kisah sebegitu. Iaitu kisah dari seorang wanita muslimah yang bernama Khawla Al-Azwar.

Beliau adalah seorang wanita yang hidup pada zaman para sahabat Rasulullah SAW.

Kalau ada yang belum dengar kisah tentang “Bidadari Besi” yang penuh berani ini, haa jom kami kongsikan!

Kuiz 1 : Kemahiran Khawla Al-Azwar

Beliau memiliki penampilan tubuh yang tinggi lampai dan tegap.

Minat Khawla agak berbeza dengan wanita lain, dimana sejak kecil lagi beliau sudah mahir bermain pedang dan tombak.

Selain itu, Khawla juga mewarisi teknik bertempur dari ayahnya sendiri yang bernama Al-Azwar. Khawla merupakan adik kepada Dhiraar Al-Azwar yang memiliki tahap kehandalan yang agak hebat semasa berada di medan perang.

Ketangkasan Khawla telah mengangkat namanya sebagai wanita mujahidah. Ini kerana beliau sangat pandai berperang menggunakan senjata dan berkuda.

Khawla benar-benar ingin memanfaatkan segala ilmu peperangan yang diperturunkan oleh ayahnya. Maka Rasulullah SAW sendiri telah memberi izin untuk Khawla ikut berperang bersama angkatan tentera Islam yang lain.

Kuiz 2 : Perang pertama yang menjadi saksi kehebatan Khawla Al-Azwar

Perang Yarmuk menjadi saksi di mana Khawla berperang dengan penuh tangkas dan berani.  Peperangan tersebut turut melibatkan pejuang wanita Islam dan beliau adalah pemimpin untuk kaum wanita ini.

Namun Dhiraar Al-Azwar telah ditawan oleh pasukan Romawi. Keadaan itu menyebabkan Khalid begitu marah lalu memerintahkan pasukannya untuk segera ikut membebaskan Dhiraar.

Mendengar abangnya ditawan, Khawlah terus menyertai pasukan Khalid bin Al-Waleed. Beliau tampil dengan berpakaian hitam, serban hijau dan menggunakan skarfnya sebagai topeng.

Tanpa ada rasa gentar Khawla terus meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat.

Namun kehadiran perajurit bertopeng itu mengejutkan pasukan Romawi.

Panglima Khalid begitu kagum dan berasa hairan. “Siapakah perajurit bertopeng itu?”

Ketika ditanya, perajurit bertopeng itu mengelak tetapi Khalid terus mendesak. Akhirnya, rahsia terbongkar.

“Wahai panglima. Aku tidak mengelak darimu kecuali kerana rasa malu terhadapmu. Anda seorang panglima besar, sedangkan aku wanita. Tetapi Aku terpaksa melakukan ini kerana hatiku sakit dan marah.”

“Aku adalah Khawla binti Al-Azwar. Aku sedang bersama wanita kaumku. Kemudian datang orang memberi khabar bahawa saudaraku Dhiraar ditawan, maka Aku pun menaiki kuda dan melakukan seperti yang dilihat.”

Kuiz 3: Kehadiran Khawla membuatkan tentera Islam menjadi ...

Khalid Al-Waleed terkejut apabila mendapati Khawla adalah wanita menyebabkan dirinya berasa sangat hairan.

Sehinggakan tertanya-tanya, “Mengapa wanita sanggup keluar ikut berjihad dengan gigih, hanya untuk menyelamatkan tawanan perang?”

Namun sejak itu, Panglima Khalid Al-Waleed terus bersumpah ingin menyelamatkan Dhiraar dengan apa jua cara sekalipun.

Kehadiran Khawla menyebabkan para pejuang Islam kembali bersemangat untuk terus berperang. Peperangan Yarmuk yang hampir dimenangi oleh pihak Romawi juga telah mula bertukar.

Akhir sekali, kemenangan telah berpihak kepada pasukan Arab yang dibantu oleh pasukan Khawla Al-Azwar.

Serta berjaya membebaskan Dhiraar daripada tawanan Romawi.

Itulah serba sedikit kisah Khawla Al-Azwar yang banyak berjasa untuk Islam. Lebih-lebih lagi kehadiran Khawla telah membuktikan bahawa wanita juga kuat dan amat penting untuk berada di sisi kaum Adam.

Semoga ianya dapat memberi inspirasi kepada para wanita muslimah di luar sana!

Kalau nak dapatkan pengisian yang menarik setiap hari, jom sertai Channel Telegram SedekahMuslim.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada