fbpx

Korban bermaksud menyembelih binatang an’am (ternakan) yang dilakukan pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyrik dengan tujuan beribadat kepada Allah.

Hukum korban pula adalah sunat muakkad bagi orang Islam yang mampu dan wajib bagi orang yang bernazar.

Alhamdulillah, sekarang kita dah tahu maksud dan hukumnya. Jom kita teruskan lagi pembacaan tentang bila waktu terakhir kita boleh lakukan ibadah korban ni.

Kuiz 1: Syarat Sah Korban

Dalam syarat sah korban, ada beberapa perkara yang perlu kita teliti semasa kita melakukan ibadah tersebut:

1. Disembelih dalam waktu korban
2. Disembelih oleh orang Islam
3. Binatang sudah cukup umur
4. Binatang sihat dan tidak cacat
5. Binatang ternakan yang halal

Waktu korban yang terbaik menurut pengarang Al Fiqh al-Manhaji adalah:

“Waktunya bermula selepas terbit matahari pada Hari Raya Haji (Hari Raya Korban) iaitu sekadar sempat ditunaikan dua rakaat sembahyang dan dua khutbah. Kemudian berterusan waktunya hingga terbenam matahari pada akhir hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijah. Waktu afdhal untuk menyembelih ialah selepas selesai solat sunat hari raya.”

Sekiranya berakhir hari Tasyrik, maka tidak dilakukan sembelihan. Jika dilakukan sembelihan juga, maka ianya tidak dikira sebagai sembelihan korban dan dikira hanya untuk mendapatkan daging semata-mata.

Kuiz 2: Puasa Sunat 12 Zulhijjah

Dalam Mazhab Syafi’i:

Hari Tasyrik adalah tiga hari setelah Aidiladha bermula daripada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Hari Tasyrik disebut sebagai hari makan dan minum iaitu kita tidak dibenarkan untuk berpuasa apa pun pada hari-hari tersebut.

Dan saat memasuki hari Tasyrik, umat Islam digalakkan untuk melakukan berbagai amalan-amalan yang dianjurkan seperti memperbanyakkan berdzikir, berdoa, dan bersyukur akan nikmat Allah SWT. Seperti yang dikutip dalam hadis Rasulullah SAW yang berbunyi:

“Hari Tasyrik adalah hari makan, minum, dan banyak mengingat Allah.” (HR. Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Nasa’i)

Sekarang, kita dah dapat pencerahan sikit mengenai ibadah korban dan hari-hari Tasyrik. Lepas ni, kita bolehlah kongsikan ilmu ini kepada yang lain juga.

Jika anda ingin mendapatkan lebih banyak ilmu dan perkongsian bermanfaat, anda boleh terus masuk ke Channel Telegram SedekahMuslim.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada