fbpx

Bulan Zulhijjah adalah merupakan bulan Terakhir yang ke-12 dalam kalender Takwim Hijrah dan merupakan salah satu bulan yang mulia.

Zulhijjah ini juga berasal dari “Zul” pemilik dan “Hijjah” yang ertinya Haji.

Oleh kerana itulah, bulan ini juga adalah bulan yang sangat sesuai untuk melakukan ibadah Haji.

Terdapat juga beberapa peristiwa hebat dan penting dalam sejarah Islam. Tapi Apakah peristiwa itu?

1. Penyembelihan Nabi Ismail AS

Nabi Ibrahim AS yang mendapat gelaran Rasul Ulul Azmi sekali lagi membuktikan kepatuhannya terhadap perintah Allah SWT untuk menyembelih anaknya, Ismail AS.

Ismail AS juga dengan penuh ketaatan bersedia untuk disembelih oleh ayahnya tanpa ada bantahan.

Lambang kepatuhan mereka ini telah diabadikan menjadi syiar Islam (sembelihan). Umat Islam juga disunatkan untuk melakukan ibadah korban dengan menyembelih sama ada unta, lembu, atau kambing pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.

2. Pembangunan Ka'bah

Peristiwa lainnya yang terjadi pada bulan Dzulhijjah adalah pembangunan Ka’bah.

Setelah ibadah korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim, Allah SWT pula memerintahkan Beliau untuk membangun Ka’bah serta dibantu oleh anaknya, Ismail.

Allah SWT berfirman,

“Dan ingatlah ketika Nabi Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail seraya berdo’a : Ya Tuhan kami terimalah daripada kami amalan kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Al-Baqarah : 127)

3. Penjanjian Aqabah 2 ( Baiatul Aqabah)

Selepas perjanjian Aqabah 1 yang berlaku pada 621 masihi, terjadilah pula Penjanjian Aqabah 2 yang juga turut melibatkan Nabi Muhammad SAW bersama 73 orang lelaki dan 2 orang wanita dari kaum Aus dan Khazraj pada 13 Zulhijjah.

Mereka berjanji dan taat setia untuk terus membantu serta menyebarkan ajaran Rasululullah SAW kepada penduduk Yathrib (Madinah). Ia juga menjadi titik tolak penghijrahan Baginda Nabi SAW ke kota Madinah.

4. Umar RA meninggal dunia,Uthman RA dilantik.

Umar adalah khalifah ke-2 selepas Abu Bakar RA. Beliau adalah sahabat rapat Rasulullah SAW dan terkenal dengan sifat tegas dan cerdik sehingga digelar dengan Umar Al-Faruk (pembeza).

Pada tahun 23 Hijrah, Amir Al Mu’minin Umar bin Al Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu’luah Al Majusi.

Oleh itu, urusan kepimpinan negara bertukar kepada Saidina Uthman RA iaitu khalifah ke-3. Perlantikan Uthman bin ‘Affan sebagai khalifah yang dipilih sebulat suara oleh sebuah majlis mesyuarat Syura yang telah ditubuhkan oleh Umar bin Al Khattab sebelum kematiannya.

5. Pelantikan Khalifah Saidina Ali Bin Abi Thalib

Uthman RA juga telah mati dibunuh, akhir sekali urusan kepimpinan kerajaan diterajui pula oleh Saidina Ali RA.

Perlantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah ke-4 yang menggantikan Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah. Akhir sekali, Ali juga telah di bunuh oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya.

6. Peperangan As-Siwwiq

Pada tahun ke-2 Hijrah, setelah perang Badar.

Nabi s.a.w pula keluar mengekori kumpulan Abu Sya’ban yang menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota Madinah.

Peperangan ini adalah sebuah serangan suku Quraisy Mekkah di bawah pimpinan Abu Sufyan yang memerangi penduduk kota Madinah. Ia ‘as-Sawiq’ yang bermaksud tepung. Pasukan Quraisy Mekah meninggalkan karung guni berisi tepung untuk meringankan pelarian mereka.

7. Perdagangan Nabi Muhammad

Pada tahun ke-5 sebelum kerasulan, Nabi Muhammad membawa dagangan Khadijah ke negeri Syam, di sana baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah.

Ia berlaku sebelum pelantikkan baginda menjadi nabi.

8. Ibadah Haji Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Pada tahun ke-12 Hijrah, Abu Bakar As Siddiq mengerjakan ibadah Haji bersama umat Islam selepas kewafatan Nabi SAW.

9. Ibnu Khayat Meninggal Dunia

Ibnu Khayat atau nama sebenarnya Abu Bakar Muhammad bin Ahmad Khayat merupakan seorang ulama besar ilmu nahu telah meninggal dunia pada 29 Zulhijjah tahun ke- 320 Hijrah.

10. Salehuddin Al-Ayubi Menawan Kubu Musuh

Sultan Salehuddin Al-Ayyubi berjaya menawan kubu pihak musuh setelah berlakunya pengepungan selama 38 hari yang berlaku pada 11 Zulhijjah tahun ke-571 Hijrah.

Sehingga sekarang Sultan Salahuddin juga mempunyai 4 kubu pertahanan yang terletak sekitar Mesir, Jordan dan Syria.

Kubu pertahanan yang utama dan terbesar adalah kubu di Kota Kaherah.

11. Peperangan Dathin

Peperangan ini dipimpin oleh Umamah Al Bahiliy bagi menentang tentera Rom dan berakhir dengan kemenangan tentera Islam.

Banyak lagi peristiwa lain yang penting berlaku dalam bulan Zulhijjah ini.

Tetapi peristiwa paling besar dan menjadi syariat dalam ibadat umat Islam adalah ibadat korban yang diambil bersempena peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim kepada Allah.

Semoga perkongsian peristiwa yang ada pada bulan-bulan Islam ini dapat kita hayatinya dengan lebih dalam.

Bagi yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi ilmu dan perkongsian bermanfaat, anda boleh terus masuk ke Channel Telegram kami >> SedekahMuslim.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada