Ya betul, Nabi Yaakub mempunyai saudara kembar yang bernama Ishu.
Ishu sangat cemburu dengan dengan Nabi Yaakub sehingga mengancam untuk membunuhnya.
Sebenarnya Ishu cemburu kerana merasakan bapanya lebih menyayangi Nabi Yaakub berbanding dirinya.
Persoalannya, siapakah bapa mereka berdua ini?
Jom kita lanjutkan pembacaan.
Kuiz 1: Bapa Nabi Yaakub
Nabi Yaakub adalah anak kepada Nabi Ishak bin Ibrahim a.s bin Azar bin Sam bin Nuh.
Ibunya pula bernama Rifqah binti Batueil bin Nahur bin Azar (Tarah).
Kuiz 2: Anak Nabi Yaakub yang menjadi Rasul.
Memandangkan kembar Nabi Yaakub yang bernama Ishu mempunyai hasad dengki sehingga mengancam untuk membunuhnya.
Nabi Ishak mengesyorkan Nabi Yaakub berhijrah ke rumah bapa saudaranya di Faadam Aram, Iraq bagi mengelakkan perkara buruk berlaku dan menyuruh baginda menikahi anak saudara Nabi Ishak.
Melalui perkahwinan itu, Nabi Yaakub dikurniakan 12 orang anak dan salah satunya adalah Nabi Yusuf.
Kuiz 3: Punca mata Nabi Yaakub menjadi buta.
Dalam 12 orang anak Nabi Yaakub itu, tetap berlakunya konflik dan masalah dengki antara adik beradik.
Akibat rasa dengki dengan Nabi Yusuf, mereka 12 adik beradik itu merancang untuk membunuh Nabi Yusuf dengan melemparkannya ke dalam perigi.
Disebabkan itu, Nabi Yaakub pernah merasa akan kehilangan puteranya yang sangat dikasihi sehingga menyebabkan mata beliau buta.
Walau bagaimanapun, dengan mukjizat yang ada pada Nabi Yusof, mata beliau pulih seperti sedia kala.
Jadi, melalui peristiwa Nabi Yaakub ini kita dapat belajar bahawa pentingnya nilai kasih sayang dalam sesebuah keluarga bagi mengukuhkan lagi hubungan antara satu sama lain. Jangan sesekali kita menanamkan perasaan hasad dengki dalam diri kerana ia akan memutuskan ikatan persaudaraan.
Untuk perkongsian ilmu yang lebih menarik, anda boleh ikuti Channel Telegram kami >> SedekahMuslim.com