fbpx

Al-Quran sememangnya tidak jauh daripada Islam kerana ia adalah panduan dan petunjuk kepada setiap umat muslim.

Oleh itu, sebagai muslim kita seharusnya cuba sedaya upaya untuk mengaji dan membaca Al-Quran dengan hukum tajwid yang betul.

Antara hukum tajwid yang akan kita pelajari hari ini adalah Hukum Nun Sakinan dan Tanwin. Ayuh ikuti artikel ini sampai habis.

Kuiz 1: Apakah maksud Hukum Nun Sakinah?

Nun Sakinah adalah nun sukun yang tidak berbaris atau lebih dikenali sebagai nun mati. Ia kekal pada bacaan dan tulis. Ia juga tetap ada, sama ada ketika wasal (bersambung) atau waqaf (berhenti).

Manakala tanwin pula adalah nun tambahan yang tidak berbaris dan digantikan dengan dua baris atas, bawah dan hadapan. Ia wujud pada bacaan tetapi tidak pada tulisan dan ketika waqaf.

Kuiz 2: Berapakah hukum Nun Sakinah dan Tanwin?

Terdapat 5 hukum nun sakinah dan tanwin apabila bertemu dengan huruf-huruf dalam Al-Quran:

  • Izhar Halqi
  • Idgham Ma’al Ghunnah
  • Idgham Bila Ghunnah
  • Iqlab
  • Ikhfa Hakiki

Kuiz 3: Izhar halqi dari segi bahasa

Jom kita semak pengertian setiap hukum tersebut.

1. IZHAR HALQI

  • Dari segi bahasa: Jelas dan nyata
  • Dari segi istilah: Ia adalah mengeluarkan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluar huruf) tanpa bunyi dengung. Manakala, hanya akan terjadi jika bertemu salah satu hurufnya.
  • 6 huruf Izhar Halqi: أ ه ع ح غ خ 

2. IDGHAM MA’AL GHUNNAH

  • Dari segi bahasa: Memasukkan dengan dengung
  • Dari segi istilah: Pertemuan huruf yang tidak berbaris dengan huruf berbaris menjadikan huruf kedua bertasydid. Manakala, ia haruslah dibaca dengan digabungkan bacaan nun ke dalam huruf selepasnya dengan didengungkan selama 2 harakat.
  • 4 huruf Idgham Ma’al Ghunnah: ي ن م و

3. IDGHAM BILA GHUNNAH

  • Dari segi bahasa: Memasukkan tanpa dengung
  • Dari segi istilah: Terjadi di antara dua kalimah yang mana huruf terakhir kalimah pertama hendaklah bertanda nun sakinah dan tanwin, manakala awal kalimah kedua bertanda tasydid. Ia haruslah dibaca dengan menggabungkan suara nun ke dalam huruf selepasnya, tanpa didengungkan.
  • 2 huruf Idgam Bila Ghunnah: ل , ر 

4. IQLAB

  • Dari segi bahasa: Menukar atau menggantikan
  • Dari segi istilah: Menukarkan sebutan nun sakinah atau tanwin kepada mim ( م ) yang ringan dengan menjaga Ikhfa dan dengung. Sebutan haruslah didengungkan dengan merapatkan dua bibir. Ianya hanya terjadi apabila bertemu dengan huruf Iqlab.
  • 1 huruf Iqlab: ب 

5. IKHFA HAKIKI

  • Dari segi bahasa: Sembunyi atau samar-samar
  • Dari segi istilah: Ikhfa bermaksud membuat sebutan pertengahan di antara sebutan Izhar dan sebutan Idgham berserta dengung dengan kadar 2 harakat. Ia hanya terjadi apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan salah satu hurufnya.
  • 15 huruf Ikhfa Hakiki: ت ث ج د ذ ز س ش ص ض ط ظ ف ق 

Bagaimana, adakah anda sudah jelas tentang hukum Nun Sakinah dan Tanwin sekarang?

Semoga kita semua terus istiqamah dalam membaca Al-Quran serta mempelajari hukum tajwid sebagai usaha untuk mendapatkan bacaan Al-Quran yang betul dan sempurna.

Untuk perkongsian yang lebih menarik, jom ikuti Channel Telegram kami

>> SedekahMuslim.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada