fbpx

Ibadah korban ialah suatu ibadah menyembelih haiwan bagi tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Hukum perlaksanaannya adalah sunat ke atas umat Islam dalam tempoh 10 hingga 13 Zulhijjah.

Tapi tahukah anda haiwan apa yang boleh dijadikan binatang korban ni? Kalau nak tahu, kenalah baca artikel ni sampai habis!

Kuiz 1: Adakah rusa boleh dijadikan haiwan sembelihan untuk ibadah korban?

Firman Allah SWT di dalam Surah al Haj: 34,

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۗ

Maksudnya“Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadah menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu.”

Berdasarkan sepotong ayat ayat itu, dapat difahami bahawa pensyariatan ibadah korban ke atas umat Islam adalah sebagai tanda syukur kita terhadap rezeki kurniaan-Nya. Namun begitu, Islam juga telah meletakkan ciri-ciri haiwan yang harus untuk dijadikan sembelihan dalam ibadah korban ini.

Haiwan tersebut mestilah dalam kategori haiwan ternakan yang jinak atau haiwan yang boleh dikeluarkan zakat. Menurut Imam Nawawi:

“Haiwan yang disembelih itu mestilah daripada haiwan ternakan, iaitu unta, lembu dan kambing sama ada jantan atau betina, dan kesemua ini telah disepakati.”

Maka, haiwan seperti rusa tidak harus (tidak boleh) dijadikan sebagai binatang korban kerana ia termasuk dalam kategori binatang liar meskipun ia merupakan haiwan ternakan bagi seseorang pengusaha.

Kuiz 2: Mana lebih utama, korban seekor kambing atau satu bahagian lembu?

Melaksanakan korban dengan seekor kambing sebenarnya lebih afdal jika dibandingkan dengan satu bahagian lembu.

Perkara ini disebutkan oleh Imam Khatib al-Syirbini (Mughni al-Muhtaj, 4/285):

“(Melakukan korban) bagi seekor kambing adalah lebih afdal daripada berkongsi seekor unta kerana seseorang itu bersendirian dalam menumpahkan darah dan lebih enak dagingnya.”

Kuiz 3: Apa hukum menyembelih haiwan hamil untuk dijadikan korban?

Antara syarat bagi haiwan yang hendak dijadikan korban mestilah sihat, selamat daripada aib atau kecacatan yang boleh mengurangkan dagingnya. Ia seperti yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi:

“Syaratnya (haiwan yang dijadikan binatang korban) mestilah bebas daripada aib yang menyebabkan daging haiwan tersebut berkurang.”

Mengikut pandangan muktamad mazhab al-Syafie, menyembelih haiwan hamil untuk dijadikan sebagai binatang korban adalah tidak sah.

Tapi kenapa? Tak ada disebutkan pon tidak boleh haiwan yang hamil?

Haa, ia kerana keadaan tersebut (hamil) akan menjejaskan kualiti dan kuantiti daging korban yang diperoleh daripada haiwan itu, dan ia juga dikira sebagai satu aib yang menyebabkannya tidak boleh dijadikan binatang korban.

Selain itu, haiwan korban juga mesti dipilih daripada yang terbaik dan tiada sebarang cacat cela. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Empat perkara yang tidak boleh ada pada haiwan korban ialah yang jelas buta matanya, yang ketara sakitnya, yang ketara tempang kakinya dan yang kurus kering tidak ada sum-sumnya. (Hadis Riwayat Abu Daud)

Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut hari raya Aidiladha. Jadi pastinya setiap dari kalangan kita sudah bersedia, terutamanya bagi yang ingin melaksanakan ibadah korban pada tahun ini.

Diharapkan juga perkongsian artikel ini dapat memberikan ilmu tambahan pada anda semua. Jangan lupa juga untuk kongsikan pada ahli keluarga anda!

Jika inginkan perkongsian yang lebih menarik, kuiz-kuiz santai dan pengisian tazkirah dalam Slot Nur Hikmah setiap hari, anda boleh terus join Channel Telegram SedekahMuslim.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada