fbpx

Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri. Itulah lumrah hidup berpasangan jika berlaku perselisihan faham. Mana tidaknya, fizikal pun sudah berbeza, ini kan pula cara nak menyelesaikan sesuatu perkara.

Sememangnya besar ujian berumah tangga ni, kadang seperti tiada tempat untuk meluah. Akhirnya mengambil keputusan untuk meluahkan segala isi hati di laman media sosial.

Jom kita lihat apa pandangan Islam mengenai perkara ini.

Kuiz 1: Hukum menceritakan keaiban rumah tangga di media sosial

Menurut Imam al-Ghazali, setiap masalah yang dihadapi oleh pasangan suami isteri atau sebagainya hanya boleh diluahkan kepada mereka yang layak untuk menyelesaikan masalah itu sahaja seperti kaunselor, ustaz atau ustazah, peguam serta hakim ketika berada dalam kamar mahkamah.

Selain mereka, adalah tidak digalakkan (makruh) kita menceritakan masalah yang berlaku dalam rumah kecuali mereka yang boleh dipercayai sahaja. Larangan itu bertujuan untuk mengelak daripada penyebaran cerita yang tidak benar sehingga menimbulkan fitnah seterusnya mengeruhkan lagi keadaan.

Jika hal ini berlaku, maka hukum menceritakan keaiban rumah tangga di media sosial adalah haram kerana mendatangkan kemudaratan yang lebih besar.

Firman Allah SWT
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

al-Hujurat:12

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”

Kuiz 2: Cara Penyelesaian Krisis Rumah Tangga

1) Kembali kepada Allah

Kedua pasangan haruslah berpegang teguh pada tali Allah dan kembali taat kepada perintahnya.

2) Memahami pengertian sakinah (tenang), mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan)

Apabila kita memahami pengertian tersebut, maka ia dapat menitipkan rasa percaya kepada pasangan. Kita juga dapat berkomunikasi dengan baik bersama pasangan dalam menyelesaikan konflik yang berlaku dalam rumah tangga itu


3) Memfokuskan kepada penyelesaian dan berbincang dengan baik

Teladanilah sifat Rasulullah SAW iaitu menukar marah kepada maaf, menukar syak wasangka kepada sangkaan baik, menukar dengki kepada lapang dada, menukar kasar kepada lunak dan menukar dendam kepada ikhlas.

4) Berjumpa Kaunselor

Sebagai alternatif terakhir, pergilah ke kaunselor yang bertauliah di pejabat jabatan agama Islam negeri masing-masing untuk merungkai kekhilafan yang berlaku dan mencari titik perdamaian untuk keharmonian rumah tangga.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri jika mengalami sebarang konflik.

Jika bermanfaat, kongsilah artikel ini kepada rakan-rakan anda dan marilah ikuti Channel Telegram SedekahMuslim.com untuk pengisian yang lebih banyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada