Nabi Ismail adalah Nabi dan Rasul yang ke-8 selepas saja Nabi Luth.
Beliau juga merupakan putera pertama Nabi Ibrahim bersama Siti Hajar. Beliau dikurniakan 12 orang anak dan tinggal di Mekah sehingga nafasnya yang terakhir.
Nabi Ismail merupakan orang pertama yang menjalani ibadah Haji dan pengorbanan beliau sentiasa diingati sehingga sekarang.
Tapi apakah pergorbanan yang beliau lakukan? Jom kita semak jawapan di bawah.
Kuiz 1: Siapakah yang diperintahkan untuk menyembelih Nabi Ismail?
Pada suatu malam, Nabi Ibrahim bermimpi yang Allah memerintahkan beliau untuk menyembelih puteranya iaitu Nabi Ismail. Sesungguhnya itu ujian yang amat berat bagi seorang bapa.
Akhirnya Nabi Ibrahim menceritakan mimpi itu kepada anaknya dan meminta pendapat. Namun setelah mendengarkan mimpi bapanya, Nabi Ismail dengan penuh yakin untuk sanggup berkorban demi melaksanakan perintah Allah SWT.
Kuiz 2: Peristiwa sebelum penyembelihan Nabi Ismail
Sebelum bergerak ke tempat pemyembelihan Nabi Ibrahim menyuruh isterinya untuk memakaikan pakaian terindah kepada Nabi Ismail.
Pada saat itu, syaitan juga cuba menghasut Nabi Ibrahim agar tidak jadi untuk menyembelih anaknya. Namun Nabi Ibrahim tetap teguh untuk melaksanakan perintah Allah SWT yang telah diberikan kepadanya.
Kuiz 3: Sembelihan Nabi Ismail digantikan dengan?
Sebelum penyembelihan, Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim berpelukan buat kali yang terakhir.
Lalu Nabi Ibrahim pun memulai proses penyembelihan dengan menyebut nama Allah. Namun, pisau tajam yang digunakannya ternyata tak boleh menyembelih anaknya.
Nabi Ismail pun meminta ayahnya untuk menyembelih tanpa melihat wajahnya. Tetapi tiba-tiba munculnya seekor kambing putih besar di hadapan mereka yang merupakan mukjizat daripada Allah SWT.
Maka dengan izin Allah SWT, Nabi Ibrahim terus menggantikan Nabi Ismail dengan kambing itu lalu menyembelihnya. Akhir sekali, mereka amat bersyukur kerana Allah telah menerima ibadah qurban yang keduanya.
Haa, pengajaran yang kita boleh dapat dalam kisah Nabi Ismail ini adalah seorang anak yang soleh akan sentiasa mentaati perintah ibu bapanya dan Allah SWT.
Segala ujian yang diberikan kepada kita haruslah diterima dengan ikhlas dan sabar. Oleh itu, cintailah Allah SWT melebihi segalanya nescaya kita pun akan berani mengorbankan diri melaksanakan perintah-Nya.
Dapat sesuatu? Haa jangan lupa untuk ikuti Channel Telegram kami untuk perkongsian yang lebih menarik >> SedekahMuslim.com