Nabi Ishak adalah Nabi dan Rasul yang ke-9 dan merupakan adik tiri, Nabi Ismail As.
Beliau merupakan putera kandung kepada Nabi Ibrahim bersama isteri keduanya iaitu Siti Sarah.
Nabi Ishak juga dilahirkan dengan sifat yang sangat ramah, cerdas dan sangat baik.
Untuk tahu lebih lagi tentang kisah kelahiran Nabi Ishak, jom teruskan membacanya sampai habis.
Kuiz 1: Umur Siti Sarah ketika mengandungkan Nabi Ishak?
Setelah bertahun-tahun berdoa, akhirnya Siti Sarah mengandung ketika usianya yang sudah lanjut iaitu 90 tahun manakala usia Nabi Ibrahim pula 100 tahun.
Oleh kerana itu, mereka mengucapkan syukur kepada Allah SWT atas kekuasaan-Nya memberikan rezeki zuriat yang sangat dinanti-nantikan oleh mereka.
Maka lahirlah seorang lagi putera Nabi Ibrahim yang bernama “Ishak” di Kota Kanaan. Setelah bertahun Nabi Ishak berdakwah bersama Nabi Ibrahim, akhirnya Allah mengangkat beliau sebagai Nabi dan Rasul.
Kuiz 2: Siapakah isteri Nabi Ishak?
Lanjutnya usia Nabi Ishak, akhirnya beliau berkahwin dengan seorang wanita solehah yang bernama Rifqa dan merupakan anak saudara kandung, Nabi Ibrahim. Setelah berkahwin mereka bersama-sama berdakwah di jalan Allah SWT.
Selama berdakwah, Nabi Ishak juga mendapat banyak halangan dalam menyiarkan agama Allah. Akan tetapi beliau tidak pernah putus asa sekali pun, malahan isterinya sentiasa ada untuk memberikan sokongan.
Kuiz 3: Berapakah anak Nabi Ishak?
Nabi Ishak dan Rifqa sentiasa berdoa untuk dikurniakan zuriat. Setelah 20 tahun mereka berdoa, akhirnya dengan kekuasaan Allah SWT, Rifqa mengandung dan dikurniakan dua orang anak kembar yang bernama Ishu (pertama) dan Yakub (kedua) yang juga merupakan seorang nabi.
Setelah anaknya membesar, Ishu menjadi seorang pemburu yang tegas manakala Yakub sentiasa mengikuti ayahnya berdakwah.
Haa macam mana, menarik kan kisah kelahiran Nabi Ishak ni?
Jadi pengajaran dan hikmah yang kita boleh dapat adalah jangan pernah berputus asa dalam berdoa kepada Allah SWT.
Allah akan memakbulkan doa kita pada waktu yang tepat dengan izin-Nya. Meskipun perkara itu mustahil, namun dengan kekuasaan Allah SWT tiada yang mustahil bagi-Nya seperti kisah Nabi Ishak ini.
Untuk perkongsian ilmu yang lebih menarik, anda boleh ikuti Channel Telegram kami >> SedekahMuslim.com