Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga.
Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).
Tapi kalau semua nak tahu di dalam syurga juga, terdapat satu bidadari yang terpaling cantik dikalangan bidadari yang berada di syurga. Namanya ialah Ainul Mardhiah.
Ainul Mardhiah, Ketua Bidadari Syurga
Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain.
Nama beliau juga bermaksud mata yang di redhai iaitu setiap pandangan yang melihatnya pasti akan menemukan keredhaan dalam hati.
Kecantikkan beliau berlipat-kali ganda cantik yang tidak pernah di dunia. Sehinggakan ramai mujahid sanggup berkorban sebagai syuhada hanya untuk bertemu dengan Ainul Mardhiah.
Pemuda mimpi bertemu Ainul Mardhiah
Kisah Ainul Mardhiah ini ada diceritakan dalam Hadits Nabi riwayat Tirmidzi.
Ketika di pagi bulan Ramadhan, Nabi SAW sedang memberikan targhib iaitu kata-kata semangat untuk berjihad kepada pasukan Islam.
Nabi SAW pun bersabda: ” Sesungguhnya orang yang mati syahid kerana Allah, maka Allah akan menganugerahkannya Ainul Mardhiah, bidadari paling cantik di syurga”
Mendengar cerita Nabi SAW itu, salah satu sahabat yang masih muda menjadi tertanya-tanya “macam mana cantiknya wanita syurga itu sehinggakan boleh mengalahkan bidadari-bidadari yang lain?”
Akan kerana malu terhadap Nabi SAW dan sahabat-sahabat lain. Maka sahabat ini tidak jadi mencari tahu lebih dalam mengenai Ainul Mardhiah.
Meskipun pemuda ini malu, namun ia tetap meletakkan namanya untuk keluar berjihad di jalan Allah SWT dan para sahabat.
Sebelum Zohor, sunnah Nabi SAW akan tidur sebentar sebelum masuknya waktu azan yang dipanggil khailulah. Maka pemuda tadi juga turut bersama jemaah yang lain, tidur sebentar sebelum berangkat bersama-sama sekejap saja lagi.
Tiba-tiba pemuda tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah dan yang belum pernah ia kunjungi sebelumnya. Dia pun bertemu dengan seorang wanita yang berpakaian yang bersih, cantik dan muka yang amat berseri-seri.
Lalu Ia pun bertanya kepada wanita tersebut: “Di manakah ini?”
” Inilah syurga.” , jawab wanita itu.
Kemudian sahabat ini bertanya lagi: “Apakah awak Ainul Mardhiah?”
“Bukan, saya bukan Ainul Mardhiah. Kalau awak ingin bertemu dengan Ainul Mardhiah, dia sedang beristirahat di bawah pohon yang rindang itu.”
Setelah berjalan-jalan ke depan, didapatinya oleh pemuda itu seorang wanita yang kecantikannya berkali-kali lipat daripada wanita pertama yang dilihat.
Lalu ia pun tanya: “Apakah awak Ainul Mardhiah?”
“Bukan saya ini penjaganya. Kalau awak ingin bertemunya di singgahsananya.” Jawab wanita kedua itu.
Lalu pemuda itu pun pergi ke singgahsana tersebut dan sampailah ke satu mahligai. Apa yang dilhatnya terdapat lagi seorang wanita yang kecantikannya berlipat-lipat kali ganda dari wanita sebelumnya yang sedang mengelap-ngelap perhiasan.
Sahabat ini pun memberanikan diri untuk bertanya: ” Apakah awak Ainul Mardhiah?”
” Bukan, saya bukan Ainul Mardhiah. Saya penjaganya di mahligai ini. Jika awak ingin menemuinya, temuilah ia di mahligai itu.”
Pemuda itu pun beranjak dan sampailah ke mahligai yang ditunjukkan. Akhirnya ia bertemu lagi seorang wanita yang kecantikannya berlipat-lipat kali kali ganda dari wanita sebelumnya dan sangat pemalu.
Pemuda itu pun bertanya,” Apakah awak Ainul Mardhiah?”
Wanita itu berkata, “Ye, akulah Ainul Mardhiah. Aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku.” Namun bila lelaki itu mendekatinya, wanita itu menjawab, “Nanti kamu belum syahid lagi.”
Tersentak pemuda itu pun terjaga dari tidurnya. Lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat yang lain. Namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW. Tapi sekiranya dia syahid barulah ceritakan kisah itu kepada Nabi SAW.
Dengan semangat pemuda itu berjihad agar dapat bertemu dengan Ainul Mardhiah di syurga. Pemuda itu bersama-sama dengan Nabi dan jemaah yang lain telah keluar berperang lalu ditakdirkan juga pemuda tersebut telah mati syahid sewaktu berjihad di jalan Allah.
Di petang hari ketika buka puasa, sahabat kepercayaan ini menceritakan mimpi pemuda yang mati syahid ini kepada Nabi SAW. Nabi SAW pun membenarkan mimpi sahabat muda ini dan Nabi bersabda, ” Sekarang ia bahagia bersama Ainul Mardhiah, hanya menunggu masa untuk berbuka puasa saja.”
Bidadari itu cantik dan sempurna
- “Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” QS. ar-Rahman (55) : 58
- “Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.” QS. ar-Rahman (55) : 70
- “(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih di tempat tinggalnya masing-masing.” QS. ar-Rahman (55) : 72
- “Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.” QS. ar-Rahman (55) : 74
Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan inspirasi agar kita juga boleh menjadi bidadari di syurga nanti.
Untuk perkongsian lebih menarik dan bermanfaat berkaitan isu semasa, kisah Islam dan lain-lain. Anda boleh join Channel Telegram Sedekah Muslim