fbpx
RAMADAN-TINGGAL-KITA

Pejam celik pejam celik, kita dah pun memasuki fasa ketiga Ramadan iaitu pada 10 malam terakhir. Lebih kurang seminggu saja lagi Ramadan akan meninggalkan kita, dan Syawal pula bakal menjelma.

Sejauh mana amalan yang telah kita lakukan dalam bulan ini? adakah amalan kita untuk tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya? Jika tidak, apakah usaha yang kita perlu buat ? Atau mungkin kita telah penat dan hanya berazam untuk membuat yang terbaik pada tahun hadapan.

Persoalannya, adakah kita akan diberikan peluang yang sama untuk bertemu dengan Ramadan pada tahun hadapan? Bagaimana jika kali ini merupakan Ramadan terakhir buat kita? Oleh itu, marilah sama-sama kita berusaha membuat pecutan untuk kali terakhir agar kita boleh memanfaatkan hari yang tinggal dengan sebaiknya.

Berusaha mencari Lailatul Qadar

Daripada Aisyah RA, beliau menceritakan bahawa:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya untuk beribadah pada malam sepuluh akhir Ramadan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain.” (Hadis Riwayat Muslim) Lailatul Qadar merupakan malam yang lebih baik dari seribu bulan. Jadi kita perlu cuba lakukan yang terbaik untuk merebut ganjarannya dengan cara menghidupkan malam-malam terakhir ini untuk beribadah kepada Allah SWT.

Walaupun hanya tinggal beberapa sahaja hari untuk Ramadan meninggalkan kita, kita seharusnya berusaha dengan lebih keras. Kita mesti anggap yang malam Lailatul Qadar ini masih belum berlaku. Supaya semangat untuk bertemu dengan malam itu tidak akan pudar. Jadi kita akan paksa diri untuk melakukan amalan pada malam-malam yang tinggal ibarat itu adalah malam Lailatul Qadar. 

Memperbanyakkan solat sunat terawih

Solat sunat Terawih ini khusus pada bulan Ramadan saja, bahkan tidak ada pada bulan-bulan lainnya. Namun budaya masyarakat kita agak pelik sedikit, pada permulaan Ramadan ramai yang teruja untuk solat Terawih. Bila di hujung-hujung Ramadan pula, ramai yang dah sibuk buat persiapan hari raya sehingga tak sempat nak tunaikan solat sunat Terawih walaupun cuma 4 rakaat sahaja.

Kita mesti ingat, yang solat terawih ini adalah hadiah dari Allah yang sangat istimewa. Sesuatu yang istimewa perlu dihargai dan digunakan dengan sebaik mungkin. Ia menunjukkan kita sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian Allah, dan Allah amat menyukai orang yang bersyukur.

Kita mesti ingat, yang solat terawih ini adalah hadiah dari Allah yang sangat istimewa. Sesuatu yang istimewa perlu dihargai dan digunakan dengan sebaik mungkin. Ia menunjukkan kita sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian Allah, dan Allah amat menyukai orang yang bersyukur.

Jangan tinggal solat sunat Qabliah (sebelum) Subuh

Daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Maksudnya: “(Solat) Dua rakaat (sebelum) Fajar lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Jika bukan pada bulan Ramadan, kita susah nak bangun awal untuk mengerjakan solat sunat sebelum Subuh. Tapi pada bulan ini kita sebenarnya ada banyak peluang untuk tunaikannya. Alang-alang dah bangun bersahur, apa salahnya jika kita tunaikan solat sunat sebelum Subuh ni sekali kan? 

Perbanyakkan solat sunat Dhuha

Daripada Abu Hurairah RA, beliau menceritakan:

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

Maksudnya: “Kekasihku (Muhammad SAW) mengingatkanku supaya melakukan tiga perkara iaitu; Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan melakukan solat Witir sebelum tidur.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Jika sebelum ni, kita lazimkan solat dhuha dengan 2 rakaat setiap hari, dengan baki hari yang ada ni, apa kata kita tambah bilangan rakaat lebih dari 2 rakaat, contoh seperti 4, 6 ataupun 8 rakaat. Dengan itu kita akan berasa lebih bersemangat dan seronok untuk habiskan Ramadan kali ini. 

Jangan tinggal Solat Sunat Rawatib

Daripada Ummu Habibah RA, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الْفَجْرِ.

Maksudnya: Barang siapa yang mengerjakan solat (sunat) sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam, kelak akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Dua belas rakaat itu adalah empat rakaat sebelum solat Zohor, dua rakaat setelah solat Zohor, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat Isyak dan dua rakaat sebelum solat Subuh. (Hadis Riwayat Tirmizi)

Seterusnya, kita juga boleh perbanyakkan solat sunat Rawatib. Ganjaran bagi yang mengerjakannya sangatlah besar, apatah lagi kalau dilakukan pada bulan Ramadan ini. Pastinya pahala berganda!

Banyakkan berdoa dan memohon keampunan daripada Allah SWT

Dalam kita mengejar 10 malam terakhir ini, kita sangat dianjurkan untuk memperbanyakkan berdoa kepada Allah.

Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah SAW bersabda, “Di malam hari terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim memanjatkan doa pada Allah berkaitan dengan dunia dan akhiratnya bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberikan apa yang ia minta. Hal ini berlaku setiap malamnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Doa yang boleh kita amalkan adalah:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى

Maksudnya: “Ya Allah, Engkau Maha Pengampun, menyukai orang yang minta ampunan, ampunilah aku.”

Maka untuk kita yang penuh sangat dengan dosa dan ingin doa dimakbulkan oleh Allah, bersungguh-sungguhlah dalam berdoa dan meminta keampunan dari-Nya.

Memperbanyakkan Sedekah

Sedekah dalam bulan ramadan di janjikan pahala yang sangat besar dan berlipat kali ganda. Nabi kita Muhammad S.A.W sangat memperhebatkan amalan sedekah lebih lebih lagi di penghujung Ramadan. 

Ini kerana selain pahala datang dari bulan Ramadan itu sendiri, amalan sedekah juga akan diberi keistimewaan yang lebih lagi jika kita bersedekah pada malam Lailatul Qadar. Bayangkan jika menderma walaupun RM 1 dan ia jatuh pada malam Lailatul Qadar, ibarat kita telah menderma selama 1000 bulan. Dasyatnya pemberian Allah ini

Oleh sebab itu, sedekahlah setiap malam sehingga hari terakhir bulan ini. Nescaya, akan ada satu sedekah itu akan jatuh pada malam yang sungguh istimewa ini dan pahalanya melebebihi dari apa yang kita sangkakan. Untuk lebih mudah, boleh bersedekah di platform sedekahmuslim.com. Disini, kita lebih mudah untuk bersedekah pada malam malam terakhir ini kerana sudah disediakan beberapa pilihan untuk bersedekah. 

Akhir kata, rebutlah peluang yang masih ada ini dengan sebaik mungkin. Jangan pula apabila Ramadan berlalu pergi,kita menyesal di kemudian hari. Sementara ‘tetamu istimewa’ kita masih belum berangkat untuk pulang, layanlah ia dengan sebaik mungkin, kerana khuatir dia tidak akan menjeguk kita lagi pada tahun hadapan. 

Sudahkah Anda Bersedekah Hari Ini?

Jika belum jom sama-sama dengan SedekahMuslim.com membantu mereka yang dalam kesusahan seperti asnaf, ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik , muallaf, anak yatim dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada