fbpx
LOGO-DI-WEBSITE-
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN

HARI KEMERDEKAAN KE-66

Menjelang hari kemerdekaan antara perkara utama menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga tema kerana ia merupakan satu simbol dan slogan yang penting dalam menggambarkan penyatuan rakyat Malaysia. Selain Logo dan Tema, sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah mengambil peluang menghayati makna sebenar kemerdekaan kerana sebuah kemerdekaan itu bukan hanya sekadar retorik pengkisahan sejarah semata-mata. Oleh itu, sempena sambutan hari Kemerdekaan Malaysia ke-66 bagi tahun 2023 ini, kita seharusnya mengambil peluang dan ruang bersama-sama bagi menghayati erti sebenar kemerdekaan kerana ia akan menaikkan lagi semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri masing-masing.

Sebagai contoh, menggantung bendera pada pintu rumah atau kereta. Kesemua acara ini diadakan bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia sempena sambutan malaysia merdeka, serta secara tidak langsung mendidik generasi muda untuk mengenal sejarah negara dengan lebih dalam. Peristiwa penting wajar disambut secara besar-besaran bagi menanam sifat sayangkan negara dalam diri setiap rakyat Malaysia. Kehidupan yang merdeka yang dirasai dan dinikmati oleh rakyat Malaysia hari ini merupakan bukti perpaduan antara rakyat walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa. Negara telah mencapai pencapaian penting dalam pelbagai bidang seperti pertumbuhan ekonomi, pendidikan, teknologi, dan inovasi.

Generasi muda pasti menganggap merdeka itu hanya bebas daripada cengkaman penjajahan dan menghayatinya dengan sekadar melaungkan slogan Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Erti kemerdekaan sebenar pada generasi kini adalah membabitkan kemerdekaan jiwa dan minda dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk melalui empat aspek utama, iaitu agama, akhlak, pendidikan dan bahasa.Logo dan tema hari kemerdekaan atau hari kebangsaan bagi tahun 2023 telah diperkenalkan dengan bertemakan Malaysia MADANI, Tekad Perpaduan Penuhi Harapan. Penetapan Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan ke 66 diinspirasikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan dan kemodenan berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.

Kesejahteraan dan keharmonian negara kita pada hari ini dicapai atas jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan. Tanpa mereka, negara kita mungkin masih dijajah oleh penjajah. Sambutan Hari Kemerdekaan ini bukan sahaja melibatkan perarakan warna-warni, mengibar bendera dan menyanyikan lagu “Negaraku” semata, tetapi ianya bertujuan untuk menghayati erti sebenar kemerdekaan yang dicapai oleh negara kita. Natijahnya, dengan mengenali dan memahami sejarah dan perjuangan tokoh terdahulu, kita akan berasa lebih bersyukur atas kemudahan yang kita nikmati hari ini dan menghargai segala usaha untuk mengharmonikan negara serta mendokong nilai kekitaan sebagai warganegara Malaysia.

ADAKAH KITA BENAR-BENAR MERDEKA

Kata Ustaz Abd Muien, maksud kemerdekaan yang sebenar ialah bila manusia itu betul-betul menjadi hamba kepada Allah – itulah manusia yang betul-betul bebas dan merdeka.

Mungkin ada orang yang akan tanya, “Apa yang bebasnya ustaz? Dia terpaksa ikut kehendak Allah, maksudnya ada perkara yang dia tidak boleh buat sebenarnya.” Memang betul kita ikut kehendak Allah, tapi kita ikut untuk kebaikan kita. Sebab itu Allah kata, kita merdeka dan bebas selama mana kita ikut Allah. Sebab apa yang Allah perintah adalah baik untuk kita, bukan untuk Allah.

Dan Allah haramkan sesuatu (tidak bagi kebebasan) kerana perkara yang haram itu akan memudaratkan kita. Apabila kita bebas menentukan apa yang terbaik untuk diri kita, itulah kemerdekaan.

Jadi, ada orang yang faham merdeka itu ialah kita bebas untuk melakukan apa sahaja – nak minum arak, nak buka aurat, nak berzina dan sebagainya. Itu bukan merdeka, itu masih di bawah jajahan taklukan nafsu. Siapa yang suruh dia buka aurat? Nafsu. Buka aurat, baik tak untuk dia? Tak baik. Jadi, di mana kemerdekaannya?

Sebab maksud merdeka ialah kita mampu memilih apa yang terbaik untuk kita. Bila kita tidak boleh memilih apa yang baik untuk kita, maka itu bukan merdeka. Jadi siapa sahaja yang mengikut hawa nafsu, dia tidak merdeka. Inilah maksud kemerdekaan yang di bawa oleh al-Quran dan kita mesti bawanya dalam kehidupan.

MERDEKA DARIPADA PENJAJAH

Sebab itulah fahaman kita ataupun fahaman hampir semua manusia – merdeka ialah negara bebas daripada penjajahan. Betul, penjajah. Kalau kita bawa dalam konteks zaman Nabi Muhammad, baginda dan penduduk Mekah kena merdekakan diri mereka daripada jajahan orang kafir.

Tetapi yang kita lihat akhirnya, bukan Nabi merdekakan negeri Mekah daripada tangan orang kafir, tetapi baginda memerdekakan dirinya dan para sahabat dengan keluar daripada negeri baginda sendiri. Kerana erti kemerdekaan yang sebenar ialah pengabdian diri kepada Allah SWT. Sebab itulah Allah suruh berhijrah.

Sebab bila baginda berada di Mekah, baginda tidak merdeka. Baginda tidak bebas beribadat sebagai hamba Allah yang sebenar, tidak bebas untuk berdakwah, tidak bebas menyelamatkan seramai mana manusia daripada api neraka.

Bila tidak bebas berada di Mekah, maka keluarlah daripada Mekah. Firman SWT dalam surah al-Ankabut ayat ke-56:

يَٰعِبَادِيَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّ أَرۡضِي وَٰسِعَةٞ فَإِيَّيَ فَٱعۡبُدُونِ

Maksudnya: “Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, sesungguhnya bumi-Ku luas, maka sembahlah Aku saja.”

Dan dihujungnya Allah kata, فَإِيَّيَ فَٱعۡبُدُونِ – maka hanyalah kepada Aku (Allah) kamu beribadat. Atau dengan erti kata lain, bebaskan diri kamu daripada nafsu dan pengaruh luar – pastikan diri kamu bebas untuk menjadi hambaKu.

Jadi kalau kita lihat ayat ini, apa kaitan antara jadi hamba yang bebas, yang merdeka dengan bumi yang luas?

Merdeka itu maknanya ialah pastikan kamu menjadi hamba Allah. Di mana? Allah kata, bumi Aku luas, kalau tidak boleh di sini menjadi hamba Allah, pergilah keluar ke tempat lain. Allah tidak kata, jadilah hamba Aku dan merdekakan tempat ini walaupun kamu tidak boleh menjadi hambaKu. Jadi bukan merdekakan negeri kamu daripada penjajah, tapi merdekakan diri kamu dari apa-apa unsur syirik, kufur yang boleh merosakkan akidah kamu dan perhambaan kamu kepada Allah subhanahu wa ta’ala.

Maka Allah perintahkan hijrah kepada Nabi Muhammad dan juga para sahabat.

Bila Allah perintah hijrah, ada segelintir sahabat yang tidak mahu berhijrah, dengan alasan, kami dah lahir di sini daripada awal, nenek moyang kami memang di sini, anak-anak kami membesar di sini, sekolah pun di sini, pekerjaan kami pun di sini.

Jadi kenapa nak kena pergi ke negeri lain yang asing bagi kami?

Kami tidak ada tanah, tidak ada tempat tinggal, saudara-mara pun tidak ada. Kenapa kami kena ke sana? Seolah-olah apa yang difahami oleh mereka ialah ini negeri aku, aku kena kekal di sini, aku kena pertahankan negeri aku.

ALLAH TEMPELAK MEREKA YANG ENGGAN BERHIJRAH

Bila mereka enggan berhijrah, Allah tempelak mereka dan Allah berikan amaran keras. Cuba kita tengok firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat ke-97:

إِنَّ ٱلَّذِينَ تَوَفَّىٰهُمُ ٱلۡمَلَٰئِكَةُ ظَالِمِيٓ أَنفُسِهِمۡ قَالُواْ فِيمَ كُنتُمۡۖ قَالُواْ كُنَّا مُسۡتَضۡعَفِينَ فِي ٱلۡأَرۡضِۚ قَالُوٓاْ أَلَمۡ تَكُنۡ أَرۡضُ ٱللَّهِ وَٰسِعَةٗ فَتُهَاجِرُواْ فِيهَاۚ فَأُوْلَٰئِكَ مَأۡوَىٰهُمۡ جَهَنَّمُۖ وَسَآءَتۡ مَصِيرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya: “Dalam keadaan bagaimana kamu ini?”. Mereka menjawab: “Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri (Mekah)”. Para malaikat berkata: “Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?”. Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali”

Segelintir sahabat Nabi SAW yang tidak mahu berhijrah, Allah wafatkan mereka di Mekah, kemudian malaikat bertanya kepada mereka ini, Allah sifatkan mereka ini zalim kepada diri mereka sendiri.

  • Apa Kezaliman Mereka?

Adakah sebab mereka tidak mahu merdekakan negeri mereka? Tidak. Mereka pertahankan negeri mereka sehingga mereka tidak mahu berhijrah. Tapi Allah kata, mereka ini zalim kepada diri mereka, kenapa? Sebab mereka tidak mahu memerdekakan diri mereka dalam erti kata yang sebenar iaitu betul menjadi hamba Allah. Bila mereka terhalang untuk menjadi hamba Allah yang benar-benar merdeka, mereka wajib berhijrah.

Maka malaikat bertanya kepada mereka.

قَالُواْ فِيمَ كُنتُمۡۖ – kenapa kamu ini? Kenapa kamu tidak mahu berhijrah? Kenapa kamu tidak mahu meninggalkan tanah air kamu sedangkan tanah air kamu menjadi penyebab kamu tidak merdeka untuk menjadi hamba kepada Allah subhanahu wa ta’ala.

Maka mereka jawab,  قَالُواْ كُنَّا مُسۡتَضۡعَفِينَ – kami adalah orang yang lemah. Kata ustaz, ini hanya alasan yang diberikan sebab selepas ayat ini Allah kata, siapa yang tua atau wanita yang lemah, dimaafkan.

Tetapi Allah tegur orang yang ada kemampuan untuk berhijrah, tetapi tidak berhijrah.

Kata malaikat kepada mereka ini,  قَالُوٓاْ أَلَمۡ تَكُنۡ أَرۡضُ ٱللَّهِ وَٰسِعَةٗ – bukankah bumi Allah ini luas?

Kalau tidak boleh beribadat dengan sempurna, tidak boleh menjadi hamba Allah yang benar-benar merdeka di negeri kamu, pergi di tempat lain. Jadi merdeka sebenar, bukan merdekakan negeri kita daripada penjajah, tapi merdeka yang paling besar dan utama ialah memerdekakkan diri kita daripada unsur-unsur yang syirik, yang boleh merosakkan pengabdian diri kita kepada Allah SWT.

Merdeka bermaksud bebas daripada penjajahan, kurungan dan naungan. Negara merdeka bermaksud negara yang berdaulat iaitu mempunyai kuasa tertinggi. Kemerdekaan yang dicapai oleh sesebuah negara yang berdaulat sering melalui proses dan perjuangan oleh individu, organisasi atau tokoh yang tertentu. Jika kita menyebut “negara yang merdeka”, apakah maksudnya? Ya, seharusnya negara itu bebas daripada naungan, kurungan dan taklukan penjajah.

Insyaallah, negara kita akan menyambut Hari Kebangsaan untuk tahun 2023 pada esok hari. Tarikh 31 Ogos tetap segar dalam minda warganegara Malaysia kerana pada tarikh tersebut Malaysia secara rasminya dibebaskan daripada cengkaman penjajah. Rakyat Malaysia meraikan Hari Kebangsaan dengan pelbagai cara. Ada yang mengibarkan Jalur Gemilang di premis perniagaan, rumah kediaman, pejabat kerajaan, bangunan persendirian dan sebagainya. Ada juga yang mengarang bait-bait puisi untuk dideklamasikan bagi mengenang jasa para pejuang kemerdekaan yang berjuang dengan penuh semangat tanpa mengharapkan habuan material. Matlamat mereka hanya untuk memastikan generasi yang lahir selepas mereka dapat menikmati kehidupan yang aman, sempurna dan sistematik.

Wallahua’lam

Mari kita hulurkan bantuan buat mereka yang memerlukan walaupun serendah RM5. Semoga dengan bantuan yang dihulurkan menyebabkan urusan Tuan Puan dipermudahkan. Boleh tekan pada butang “Sumbangan Diperlukan Segera” untuk menghulurkan sumbangan dan memilih mana-mana agensi. Terima kasih.

Sudahkah Anda Bersedekah Hari Ini?

Jika belum jom sama-sama dengan SedekahMuslim.com membantu mereka yang dalam kesusahan seperti asnaf, ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik , muallaf, anak yatim dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada