DALIL LARANGAN MENGHINA NABI
Sesungguhnya tidak ada hukuman lain bagi penghina Nabi SAW kecuali hukuman mati. Namun begitu, hukuman ini, hakikatnya, hanya berhak dijalankan oleh seorang Ketua Negara Islam iaitu Khalifah, atau orang yang telah diberi izin oleh Ketua Negara tersebut untuk membunuh si penghina tadi. Di dalam kedua-dua hadis di atas, ternyata Rasulullah, sebagai Ketua Negara telah memberi keizinan kepada pembunuh yang telah membunuh orang yang menghina baginda.
Maksudnya: Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: “Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)”. Katakanlah: “Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu”. Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Syeikh al-Maraghi berkata dalam tafsirnya: “Menyakiti Rasulullah SAW selepas kewafatannya, sama seperti menyakitinya semasa hayatnya. Keimanan kepada Baginda akan menghalang orang mukmin daripada melakukan perbuatan yang akan menyakiti Baginda. Ini adalah dosa dan kederhakaan yang paling besar.”
HUKUM MENGHINA RASULULLAH SAW
Tidaksyaklagibahawa orang yang menghina Nabi SAW wajibdibunuh, seperti yang difatwakan oleh para ulama sejaksekian lama. Antaranya:
- Ada pendapat yang mengatakan wajib dibunuh tanpa perlu diberi peluang untuk bertaubat. Inilah pendapat Ibn al-Qasim.
- Al-Auza`ie dan Imam Malik berpendapat bahawa pesalah itu dianggap murtad dan perlu diberikan peluang untuk bertaubat.
- Imam Ibn Mundzir telah menukilkan bahawa secara sepakat ulama barangsiapa yang mencela Nabi Muhammad SAW secara nyata maka wajib dibunuh.
- Abu Bakar al-Farisi yang merupakan salah seorang ulama bermazhab al-Syafie berkata: “Barangsiapa yang menghina Nabi SAW seperti menuduh beliau secara nyata maka dia dihukum kafir dengan sepakat ulama, sekalipun dia bertaubat tetap tidak akan gugur hukuman bunuh yang telah ditetapkan ke atasnya.”
- Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Aku mendengar Abu Abdillah berkata: “Barangsiapa yang mencerca Nabi SAW atau menjatuhkan maruah Baginda, sama ada orang Islam atau bukan Islam, maka mereka hendaklah dibunuh. Aku berpendapat bahawa dia perlu dibunuh tanpa perlu disuruh untuk bertaubat.”
- Syeikh Taqiuddin al-Subky dalam al-Saif al-Maslul menyebut: “Siapa yang mencerca Nabi SAW tidak perlu diminta bertaubat dan boleh dibunuh terus.”
- Al-Khattabi berkata: “Aku tidak tahu mana-mana ulama Islam yang khilaf mengenai wajibnya membunuh orang yang mencerca Nabi SAW.”
Berdasarkan kenyataan diatas, jelas menunjukkan betapa beratnya hukuman dan balasan kepada mereka yang menghina, mencaci dan menjatuhkan maruah Rasulullah SAW termasuk Nabi-nabi yang lain. Oleh itu, kita berhati-hati daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan dan pendapat yang menunjukkan penghinaan keatas Rasulullah SAW kerana itu boleh membawa kepada kekufuran dan kemurkaan Allah SWT.
Sesungguhnya tidak ada hukuman lain bagi penghina Nabi SAW kecuali hukuman mati. Namun begitu, hukuman ini, hakikatnya, hanya berhak dijalankan oleh seorang Ketua Negara Islam iaitu Khalifah, atau orang yang telah diberi izin oleh Ketua Negara tersebut untuk membunuh si penghina tadi. Di dalam kedua-dua hadis di atas, ternyata Rasulullah, sebagai Ketua Negara telah memberi keizinan kepada pembunuh yang telah membunuh orang yang menghina baginda.