fbpx

Kalau nak tahu, Saidina Uthman adalah satu-satunya orang yang memiliki dua puteri Nabi. Kerana itu lah Saidina Uthman mendapat gelaran sebagai Zun-Nurain.

Tapi mesti nak tahu kan macam mana Saidina Uthman boleh berkahwin dengan puteri Nabi?

Haa kalau macam tu, jom sama-sama kita baca artikel ni.

Kisah Saidina Uthman berkahwin Dengan Puteri Nabi

Ketika Nabi SAW diperintahkan menyampaikan Islam secara terang-terangan, bapa saudaranya Abu Lahab adalah orang paling kuat menentang Islam. Kebencian beliau terhadap Nabi SAW sangat mendalam sehingga sanggup mengarahkan anaknya Utbah menceraikan isterinya, Ruqayyah yang merupakan anak Nabi SAW.

Apabila Uthman mengetahui tentang perkara tersebut, beliau terus ke rumah Nabi SAW dan meminang Ruqayyah. Ketika itu, kesedihan Baginda segera terubat. Baginda sangat gembira dengan tindakan Uthman memperisterikan anaknya.

Ketika umat Islam menghadapi perang Badar, Nabi SAW memerintahkan Uthman untuk tidak ikut serta dalam peperangan. Ini kerana waktu itu Ruqayyah sedang sakit tenat dan Uthman perlu menjaga isterinya.

Namun, sekembalinya Rasulullah SAW dari perang Badar, Baginda menerima berita sedih bahawa anaknya itu telah meninggal dunia. Namun Baginda tahu Uthman lebih bersedih.

Baginda segera menenangkan menantunya itu, dengan memberitahu bahawa beliau juga tergolong di kalangan ahli Badar, mendapat pahala seperti ahli Badar dan menerima bahagian dari ghanimah Badar. Paling bertuah, Baginda mengahwinkan Uthman dengan seorang lagi anaknya, Ummu Kalthum.

Oleh sebab itulah, Saidina Uthman digelar Zun-Nurain yang membawa maksud pemilik dua cahaya, iaitu cahaya mata Rasulullah SAW; Ruqayyah dan Ummu Khalthum.

Sifat Malunya Saidina Uthman

Saidina Uthman terkenal dengan sifat pemalu. Oleh kerana pemalunya itu, malaikat juga malu kepadanya. Bahkan Nabi SAW juga malu dengannya.

Pernah suatu hari Baginda SAW duduk di rumah, lalu terselak kainnya hingga boleh menampakkan peha. Lalu datanglah sahabat pertama iaitu Abu Bakar, tetapi Baginda SAW membiarkan sahaja kain itu.

Selepas itu datang pula Umar, juga Nabi SAW membiarkan sahaja kainnya terselak.

Tetapi apabila tibanya Uthman, cepat-cepat Baginda SAW menutupnya. Sabda Baginda:
“Tidakkah aku perlu malu kepada orang yang malaikat malu kepadanya?”

Begitulah serba sedikit mengenai Saidina Uthman bin Affan. Semoga kita yang membaca kisahnya juga dapat mengambil pelajaran dan juga iktibar.

Andai tak puas lagi dengan perkongsian seperti ini, meh join Channel Telegram Sedekah Muslim 👉 https://t.me/sedekahmuslim .Di situ, banyak input yang lebih menarik dan bermanfaat setiap hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada