Alhamdulillah, kami dari Pertubuhan Pemuda Prihatin Selangor telah berkesempatan untuk menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada ibu bapa pasangan kembar Adik Zahid & Zahin. Sebelum ini, pasangan kembar dua beradik ini mempunyai masalah usus dan perlu melakukan pembedahan selepas kelahiran pra matang. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan mereka.
Namun bersyukur kepada Allah SWT kerana telah menggerakkan hati orang ramai untuk sama-sama menyumbang bagi membantu pasangan kembar ini. Terima kasih kami ucapkan dan moga Allah memberkati serta melimpahi rezeki yang tak disangka-sangka buat para penyumbang. Doakan kami juga agar terus diberikan kekuatan dan tenaga untuk terus berkhidmat dalam medan Dakwah Kebajikan ini, Insya-Allah.
Sedekah Muslim adalah satu platform One Stop Center untuk anda yang ingin menambah amal jariah sebagai bekalan untuk ke akhirat
Isikan maklumat anda untuk mendapat info info terkini dari kami di sedekahmuslim.com