Bertempat di Madrasah Al Khariah selepas usai menunaikan solat Isyak, PERKIM Datuk Keramat menyambut seorang lagi saudara baru dengan izin-Nya. Saudara Wong Chong Hing atau nama Islamnya kini ialah Mohammad bin Abdullah telah melafazkan syahadah yang dipimpin oleh Ustaz Suhaimi Abdul Aziz sendiri. Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT atas hidayah-Nya. Ayuhlah sama-sama kita doakan semoga saudara baru kita ini tetap ikhlas dan istiqamah dalam mendalami agama Islam.
Sedekah Muslim adalah satu platform One Stop Center untuk anda yang ingin menambah amal jariah sebagai bekalan untuk ke akhirat
Isikan maklumat anda untuk mendapat info info terkini dari kami di sedekahmuslim.com