fbpx

27 Mac 2022 : PERKIM Datuk Keramat berkesempatan untuk hadir menyampaikan sumbangan keperluan persekolahan seperti beg, peralatan sekolah serta wang tunai kepada anak-anak Muhammad Faris. Saudara Muhammad Faris baru sahaja keluar dari hospital selepas menjalani pemeriksaan untuk pembedahan jantungnya. Justeru, kami tidak dapat hadir untuk menyampaikan sumbangan ini dengan lebih awal.

Walaupun agak terlewat sedikit, tetapi Alhamdulillah amanah untuk menyampaikan sumbangan ini kepadanya sendiri dapat dilaksanakan. Kami juga ingin membantu menaja 5 orang anak-anak Muhammad Faris untuk bersekolah. PERKIM Datuk Keramat mempunyai hasrat besar untuk membangunkan sebuah sekolah tahfiz bagi memudahkan anak-anak saudara baru ini untuk mendapatkan pembelajaran secara percuma. Namun hasrat ini sedang diusahakan lagi, dan insya-Allah akan dilaksanakan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Sudahkah Anda Bersedekah Hari Ini?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti asnaf, ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik , muallaf, anak yatim dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada