Kadang-kadang kita rasa hidup kita dah cukup susah, rupa-rupanya ada lagi yang lebih susah daripada kita. Menjadi seorang ibu tunggal pada usia yang muda bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih lagi hidup dengan pendapatan yang tidak seberapa. Tapi inilah realiti kehidupan yang terpaksa dihadapi oleh Puan Nur Arisyamimi yang baru berusia 24 tahun.
Demi menyediakan keperluan buat dua orang anaknya yang masih kecil, beliau menjadikan jualan aiskrim Malaysia sebagai sumber utamanya. Namun dengan hasil jualan tersebut, belum tentu dapat menampung segala perbelanjaan dan keperluaan asas keluarga mereka. Ayuh kita berikan sokongan dan membantu Puan Arisyamimi dengan menghulurkan sumbangan agar beliau dapat meneruskan kehidupannya. Semoga beliau sentiasa tabah dalam mengharungi pelbagai ujian dan cabaran hidup yang mendatang.
Sedekah Muslim adalah satu platform One Stop Center untuk anda yang ingin menambah amal jariah sebagai bekalan untuk ke akhirat
Isikan maklumat anda untuk mendapat info info terkini dari kami di sedekahmuslim.com