fbpx

Bila sebut pasal adab, semua perkara yang kita nak lakukan mestilah disertakan dengan adab yang baik.

Nak menyambut hari raya, nak bersalaman dengan saudara-mara ada adab-adabnya. Inikan pula kalau nak ziarah dan kunjung-mengunjungi di hari raya.

Tapi ada adab-adab khusus ke untuk ziarah hari raya?

Jangan salah faham, adab ziarah ketika hari raya mahupun di hari biasa sama saja. Jadi apa kata kita tambahkan lagi kefahaman kita dalam adab ziarah.

Kuiz 1: Berapakah had maksimum memberi salam ketika menziarahi tetangga?

Had yang dibenarkan adalah sebanyak tiga kali untuk kita memberi salam.

Namun jika ketiga-tiga salam yang diberikan tidak ada yang menyahut, kita tidak ada hak untuk berkecil hati dengan tuan rumah. Mungkin ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan tuan rumah tidak dapat meraikan tetamu pada ketika itu.

Kuiz 2: Apakah yang kerap kita lupa ketika menziarahi tetangga

Dalam kita gembira berkunjung-kunjungan, ada satu amalan yang sering kita lupa iaitu memasang niat ikhlas kerana Allah. Ini kerana, setiap muslim amat dituntut supaya mengikhlaskan setiap kerjanya kerana Allah SWT.

Samalah seperti aktiviti ziarah. Hendaklah tujuan melakukan ziarah itu ikhlas kerana SWT dan dengan niat yang baik seperti kerana rasa kasih, persaudaraan, silaturahim dan tanggungjawab kita sebagai orang Islam.

Jadi, lepas ni kalau kita nak ziarah sesiapa sekalipun, jangan lupa untuk memasang niat kerana Allah. Insya-Allah, kita dapat beroleh pahala dan keberkatan dalam melakukan amalan tersebut.

Anda dapat sesuatu?

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk semua. Marilah kita sama-sama berusaha jaga adab ketika ziarah!

Untuk pengisian dan lebih banyak ilmu bermanfaat, anda boleh join Channel Telegram SedekahMuslim.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada