fbpx

Bila masuknya bulan Ramadan, pastinya perkataan ’tilawah’ dan ‘tadabbur’ ini sering kita dengar. Ini kerana, setiap orang sedang berusaha untuk meningkatkan amalan masing-masing di bulan ini.

Misalnya, mungkin sebelum ini kita jarang membaca Al-Quran. Tetapi bila melangkah ke bulan Ramadan, kita dah berazam untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran dan sekaligus telah tetapkan target untuk khatamnya.

Kuiz 1: Cara sebenar untuk berkomunikasi dengan Al-Quran adalah

Dalam pada kita membaca Al-Quran, tahukah kita tentang cara sebenar untuk berkomunikasi dengannya?

Haaa, jom kita sama-sama terokai caranya!

Biasanya mungkin kita sekadar membaca Al-Quran dan memahami serba sedikit terjemahannya sahaja. Namun adakah itu cara sebenar untuk berkomunikasi dengan Al-Quran?

Jawapannya betul, tapi masih belum tepat! Sebenarnya ia ada dua cara iaitu dengan melakukan; TILAWAH dan TADABBUR.

Tilawah mempunyai dua makna iaitu; membenarkan segala informasi Al-Quran dan menerapkan segala ketetapan hukumnya dengan melakukan perintah-perintahNya dan menjauhi larangan-laranganNya (Tilawah Hukmiyah) dan membacanya (Tilawah Lafdziyah).

Kuiz 2: Apa itu tadabbur?

Ada yang mengatakan bahawa tadabbur bermakna kita memahami setiap terjemahan ayat-ayat yang dibaca.

Namun sebenarnya, tadabbur Al-Quran bukan sekadar kita berhenti pada zahir makna kalimatnya, atau hanya memahami terjemahannya sahaja. Malah tadabbur ini bermakna kita melihat apa yang terkandung di sebalik lafaz, sama ada dari segi maqasid dan matlamat sesuatu perkataan itu digunakan.

Dalam erti kata lainnya, tadabbur adalah kita ‘merefleksi apa yang kita boleh ambil iktibar dari ayat-ayat Al-Quran’ dan bukan hanya membacanya semata-mata.

Jadi anda dapat sesuatu dari perkongsian ini?

Ayuh kita berusaha mendekatkan diri dengan Al-Quran, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan yang mulia ini.

Jika anda ingin bersama-sama kami untuk bacaan Al-Quran setiap hari sepanjang Ramadan ini, jom join Channel Telegram SedekahMuslim.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada