Bukankah bersedekah itu akan menambah rezeki berlipat kali ganda. Bersama – sama kita bantu mereka yang memerlukan.
UMMAH PRIHATIN adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan NGO yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia ROS sejak 2014 dan aktif sehingga kini. Ummah Prihatin mempelopori aktiviti kebajikan kepada masyarakat khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur dengan melaksanakan aktiviti amal dan kemasyarakatan melibatkan institusi masyarakat seperti masjid, surau, persatuan penduduk dan lain-lain. Ummah Prihatin juga memainkan peranan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat agar sentiasa peka dan prihatin terhadap nasib segelintir masyarakat yang terpinggir,miskin dan lemah untuk dibantu.
Bantuan kepada golongan asnaf, anak yatim, warga emas, orang kelainan upaya, ibu tunggal dan lain-lain.
Bantuan khas seperti bencana alam, pesakit kronik yang kurang berkemampuan dan sebagainya.
Bantuan barangan keperluan harian.
Puan Hamizah merupakan seorang ibu tunggal. Namun begitu, beliau tetap kuat menjaga anaknya yang lumpuh seluruh badan. Sekarang, beliau tidak lagi mampu bekerja untuk mencari rezeki, kerana perlu memberi sepenuh tumpuan buat anaknya.
Anaknya bernama Naufal. Kini, Naufal sudah berusia 15 tahun dan menghidap penyakit Autismes sejak dilahirkan. Ketika berusia 9 tahun, Naufal telah diserang penyakit mengejut sehingga lumpuh keseluruhan badan.
” Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya “
{Al – Baqarah 2:261}
Bantulah mereka dengan sumbangan anda walau sekecil RM30 hingga sebesar RM3000. Moga dengan sumbangan ini, Allah akan membuka pintu rezeki dan juga menambah saham Akhirat anda.
Untuk Menyumbang Tuan / Puan Boleh Memilih Pakej Sumbangan di Bawah