Tanpa isteri di sisi, menjaga 2 orang anak dalam keadaan tidak dapat bekerja adalah sangat berat untuk Encik Jamil…
Encik Jamil, 46 tahun, menghidap penyakit saraf otot yang mengakibatkan beliau kehilangan upaya untuk berjalan. Beliau merupakan seorang bapa tunggal yang kematian isteri tercinta sejak 4 tahun yang lepas.
Mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata berumur 7 dan 12 tahun. Anak-anak beliau hanya berjalan kaki untuk ke sekolah dan anak sulungnya banyak membantu dalam menguruskan persekolahan adiknya.
Dulu, Encik Jamil pernah bekerja dengan membaiki televisyen dan isterinya yang juga OKU bekerja menjahit.
Namun kini, penyakit yang ditanggungnya menyebabkan tangan dan pinggang beliau semakin lemah sehingga menghalang beliau untuk melakukan sebarang kerja bagi menyara anak-anaknya.
UMMAH PRIHATIN adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan NGO yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia ROS sejak 2014 dan aktif sehingga kini. Ummah Prihatin mempelopori aktiviti kebajikan kepada masyarakat khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur dengan melaksanakan aktiviti amal dan kemasyarakatan melibatkan institusi masyarakat seperti masjid, surau, persatuan penduduk dan lain-lain. Ummah Prihatin juga memainkan peranan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat agar sentiasa peka dan prihatin terhadap nasib segelintir masyarakat yang terpinggir,miskin dan lemah untuk dibantu.
BANTU MEREKA
Untuk Menyumbang Tuan / Puan Boleh Memilih Pakej Sumbangan di Bawah