Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran
Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) merupakan sebuah badan bukan kerajaan, Non-Govermental Organisation (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1984. Persatuan ini diuruskan oleh barisan pimpinan mahasiswa Darul Quran Jakim dengan kerjasama baik daripada pihak pentadbiran kampus. Penubuhan persatuan ini pada awalnya bertujuan membantu menguruskan pelajar -
pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Timur Tengah. Namun demikian, persatuan ini dilihat berpotensi besar dalam arena dakwah sekaligus fungsi persatuan ini telah diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa berdasarkan kerelevenan dan berdasarkan kepada keadaan semasa.