fbpx

BERI PELUANG KEPADA ANAK - ANAK TAHFIZ UNTUK BELAJAR DALAM KEADAAN SELESA

Bersama kita berikan kepada anak-anak tahfiz peluang yang lebih baik

Kekangan yang dihadapi oleh Pelajar Tahfiz

Ruangan Asrama yang agak Sempit

Ruangan asrama pelajar tahfiz yang hanya boleh memuatkan 20 buah katil sedangkan jumlah pelajar seramai 30 orang.

Atap Bocor

Keadaan atap yang rosak di masjid menyebabkan ruangan masjid basah apabila berlaku hujan lebat. Sesi pembelajaran dan solat perlu diteruskan dalam ruangan asrama yang sempit.

Pengangkutan Utama Makin Usang

Pihak tahfiz hanya memiliki sebuah Proton Wira lama yang sudah usang untuk membawa pelajar menghadiri progam luar seperti qasidah, khatam Al - Quran dan sebagainya.

Sudah masuk tahun ke-7, pembinaan bangunan asrama dan kelas pengajian pelajar masih tertangguh. Mereka terpaksa tidur dalam keadaan yang berhimpit-himpit dan tidak selesa. 

Marilah berkongsi rezeki dan semaikan sikap prihatin kita terhadap nasib para pelajar disini sambil meraih ganjaran akhirat yang berpanjangan walaupun telah tiada di dunia ini nanti.

MTIAT

Maahad Tahfiz Imam At-Tarmizi (MTIAT) telah ditubuhkan sejak tahun 2016 yang beroperasi di atas tanah wakaf seluas 1.5 ekar di Pasir Puteh, Kelantan. Sejak tahun 2016 lagi, MTIAT berusaha melahirkan anak-anak muda yang cemerlang dalam hafalan 30 juzuk Al-Quran serta mempelajari ilmu-ilmu akhirat. Jumlah pelajar setakat ini adalah seramai 30 orang dan sebahagian daripada mereka datang dari keluarga asnaf.

JOM !

BANTU MEREKA 

“Barangsiapa yang membantu perlengkapan orang yang berjihad di jalan Allah maka sungguh dia juga telah ikut berjihad, dan barangsiapa yang membantu keluarga seorang yang berjihad di jalan Allah dengan suatu kebaikan maka dia juga telah ikut berjihad”.

(HR Bukhari dan Muslim)

Untuk Menyumbang Tuan / Puan Boleh Memilih Pakej Sumbangan di Bawah