fbpx

Jangan Biarkan Mereka Jauh Ketinggalan, Sedangkan Kita Jauh Di Hadapan

DANA DIPERLUKAN UNTUK NAIK TARAF MADRASAH

LogoMakr-4KAfxQ

DANA SURAU

ASRAMA PELAJAR & PENGINAPAN GURU

LogoMakr-2ZZ033

FASILITI PELAJAR

Kenali Madrasah

Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Falah (MTADF) adalah salah satu institusi pendidikan yang berdaftar di bawah Persatuan Institusi Tahfiz Negeri Selangor (PITAS) dan juga berdaftar kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ianya merupakan pusat pengajian al-Quran yang ditubuhkan bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam konteks melahirkan para hafiz dan hafizah yang profesional. MTADF berlokasi di Jalan Masjid Peket 100 Simpang Lima Sungai Besar 45300, Selangor. Sejak tahun 2020, MTADF mempunyai program baru iaitu Fastrack SPM Huffaz, sehingga para pelajar yang telah menamatkan pengajian di MTADF dapat memperoleh sijil hafiz dan sijil SPM. Objektif adalah menjadikan Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Falah sebagai pusat tahfiz Al-Quran serta pusat penelitian dan pengembangan Al-Quran terintegriti berasaskan Teknologi Informasi yang berterusan.

Bantu Madrasah Untuk Keselesaan Pelajar Tahfiz

Keadaan pelajar tahfiz di madrasah:

  • Tidak pernah mempunyai surau yang khas untuk bersolat, mereka akan bersolat di dalam kelas atau di ruang padang depan maahad.
  • Asrama pelajar yang sedia ada pula sangat sempit dan padat keadaannya. Jarak antara katil pelajar tidak sampai satu depa pun.

Proses Pembinaan Surau & Asrama Pelajar

“Bila lah dapat merasa solat kat surau… Teringin nak rasa suasana macam kawan tahfiz di sekolah lain tu…”

Inilah persoalan yang selalu ditanya oleh pelajar tahfiz tiap kali melihat surau yang sedang dibina. Itulah tempat belajar, itulah juga tempat untuk solat. Bayangkan jika kita berada di tempat mereka, adakah selesa untuk kita bersolat di ruang yang sempit dan panas ? Semestinya tidak. InshaAllah dengan sedikit sumbangan anda, proses pembinaan surau dan asrama pelajar berjalan dengan lancar.

Percayalah, setiap yang disumbangkan walaupun kecil nilainya, ianya sangat besar dan bermakna buat Maahad Tahfiz ini. Anda mungkin tidak berpeluang berada disana untuk turut serta membantu, namun anda masih diberi pilihan untuk menghulurkan sumbangan. Besar manfaatnya yang akan diperoleh bagi pelajar, guru dan kaki tangan tahfiz yang terlibat.

Untuk menyumbang tuan/puan boleh memilih pakej sumbangan di bawah