fbpx

Jom Infaq

" Bantu ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk persiapan anak - anak kembali ke sekolah "

“Abang, beras kat rumah tinggal sikit tu, macam tak cukup je sampai hujung bulan ni”, adu si isteri.
 
“In syaa Allah, nanti abang usahakan ye”, jawab suami.
 
Tetapi berat di hatinya menjawab “Alamak, gaji masuk lama lagi ni. Kesian anak isteri aku. Moga-moga tuhan mudahkan”.
 
 
Jumaat berikutnya,
 
“Alhamdulillah abang, tadi ada pihak Ma’ruf Care hantar pek barangan dapur”, kata isteri.
 
“Yeke, syukur alhamdulillah. Nasib baik ada Ma’ruf Care”, balas suami.
 
Dengan edaran pek barangan dapur tadi, rupa-rupanya dapat mengukir senyuman untuk keluarga kecil ini.

Ma'ruf Care

Ma'ruf Care ini ditubuhkan pada tahun 2014 bertujuan untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan di dalam dan luar negara seperti Juadah Jumaat Barakah, Bantuan Kepada Mangsa Banjir, Korban Di Kemboja, Sumbangan Barangan Makanan, Ziarah dan Serahan Sumbangan.

PROJEK AKAN DATANG

BACK TO SCHOOL

Maaruf Care mensasarkan sumbangan sebanyak RM45,000 ringgit untuk diberikan kepada 300 orang penerima yang bersekolah. Penerima tersebut akan dibawa ke pusat membeli belah untuk membeli barangan keperluan sekolah. Bajet yang akan diberikan kepada seorang pelajar adalah sebanyak RM150.

BANTUAN RAMADHAN

Setiap minggu pada bulan Ramadhan, in syaa Allah akan adanya agihan juadah berbuka puasa dan agihan bubur lambuk. Anggaran untuk menjalankan bantuan Ramadan ini adalah sekitar RM50-60 ribu ringgit.

BANTUAN HARI RAYA

Di hujung Ramadhan pula, Muslim Care akan memberikan sumbangan hari raya seperti barangan persiapan hari raya, duit raya dan juga makanan. Secara keseluruhannya, anggaran sumbangan yang ingin dikumpul adalah lebih RM30,000 ringgit.

” Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita. “

{Surah al-Baqarah: 274}

JOM !

BANTU MEREKA 

Untuk menyumbang tuan/puan boleh memilih pakej sumbangan di bawah