Puan Norazlin adalah seorang ibu kepada tujuh orang anak. Beliau mempunyai seorang anak OKU (slow learning), dan yang lainnya masih lagi di alam persekolahan. Suami beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan dan hanya mengharapkan pendapatan tersebut untuk menanggung keluarga memandangkan beliau juga tidak bekerja.
Oleh itu, kami dari Ummah Prihatin terpanggil untuk mengunjugi keluarga ini dan menyampaikan sedikit bantuan. Semoga dengan bantuan yang diberikan ini dapat memenuhi keperluan mereka untuk meneruskan kehidupan harian.
Terima kasih tidak terhingga kepada para penyumbang yang telah memberikan sumbangan kepada Ummah Prihatin. Syukur dengan berkat bantuan anda, kami dapat menolong lebih ramai orang yang memerlukan.
Sedekah Muslim adalah satu platform One Stop Center untuk anda yang ingin menambah amal jariah sebagai bekalan untuk ke akhirat
Isikan maklumat anda untuk mendapat info info terkini dari kami di sedekahmuslim.com