fbpx

" Hampir 7 Tahun Tahfiz Ini Beroperasi, Malangnya Tahfiz Ini Akan Ditutup Tanpa Bantuan Anda "

Bantu Tahfiz Biayai Kos Proses Mendapatkan Kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Kekangan Yang Dihadapi Pusat Tahfiz

  • Kos yang tinggi diperlukan setiap bulan untuk menampung kos operasi maahad seperti makan minum pelajar, bil utiliti, kelas pengajian kitab secara umum dan sebagainya.
  • Pihak maahad perlu mengupah agensi profesional bagi penyediaan pelan bangunan maahad untuk mendapatkan kelulusan pihak PBT. Kelulusan perkara lain seperti keselamatan semuanya sudah ada, hanya tinggal kelulusan pihak PBT ini sahaja yang perlu kami dapatkan secepat mungkin.
  • Kos yang tinggi diperlukan bagi mendapatkan tapak tanah berhadapan maahad tahfiz. Pemaju memberi tempoh sehingga bulan Ogos tahun ini. Jika gagal, tapak tanah tersebut akan dijual kepada orang lain. Pihak maahad memerlukan tapak tanah tersebut untuk membina fasiliti lain demi keselesaan para pelajar di sini.

“Jika engkau menolong seorang penuntut ilmu dengan membelikan buku-buku baginya, atau menyediakan asramanya, atau memberi infak kepadanya, atau yang semisal dengannya, maka engkau akan mendapatkan pahala seperti penuntut ilmu tersebut tanpa mengurangi pahalanya sedikit pun.” 

[Syarhu Riyadhis Shalihin, 2/375]

Baitul Musthofa

Maahad Tahfiz Al-Quran Baitul Musthofa adalah sebuah Pusat Pengajian Al-Quran yang telah beroperasi semenjak 2016 di Alor Setar, Kedah. Maahad Tahfiz ini ditubuhkan bermatlamat menjadi "One Stop Centre" bagi masyarakat untuk mendalami Al-Quran di setiap peringkat umur kanak-kanak mahupun dewasa. Golongan asnaf & anak yatim juga diterima masuk ke dalam maahad ini. Pihak Maahad berusaha untuk mencari penaja bagi membiayai persekolahan anak asnaf & yatim disini.

JOM !

BANTU MEREKA 

Untuk menyumbang tuan/puan boleh memilih pakej sumbangan di bawah