fbpx

Nabi Ibrahim merupakan nabi yang diutus untuk kaum di negeri yang kini disebut sebagai Iraq. Nabi Ibrahim dilahirkan di sebuah tempat bernama “Faddam A’ram” dalam kerajaan “Babylon” yang pada waktu itu diperintah oleh seorang raja bernama “Namrud bin Kan’aan.” Beliau mempunyai 2 orang isteri dimana setiap satu itu melahirkan waris Nabi yang mulia. Nak tahu siapa? Ayuh kita baca dengan lebih lanjut.

Kuiz 1 : Dua Zuriat Nabi Ibrahim.

Awalnya, Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Sarah namun belum direzekikan mempunyai zuriat. Lalu, dihadiahkan kepada suaminya sang isteri yang bernama Siti Hajar. Alhamdulillah, Allah mengurniakan waris nabi iaitu Nabi Ismail yang lahir daripada perut ibunya Siti Hajar. Selepas 14 tahun kemudian, Allah mengurniakan zuriat iaitu Nabi Ishak kepada Siti Sarah yang ketika itu berumur 90 tahun. Maka, lahirlah dua susuk nabi yang mulia dan menyebarkan agama Allah SWT.

Kuiz 2 : Gelaran terhadap Nabi Ibrahim

Sejak awal, Nabi Ibrahim sering diuji keimanannya untuk membuktikan kecintaannya kepada Allah SWT. Namun Nabi Ibrahim telah membuktikan bahawa beliau berjaya mengharugi segala dugaan dakwah tersebut . Dan siapakah yang lebih baik agamanya dariapa orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Nabi Ibrahim yang lurus? ”Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya.” (Q.S. An-Nisa: 125) Nabi Ibrahim mendapat gelar “Khalilullah” yang bermaksud kekasih Allah. Gelaran ini bukanlah daripada manusia, apalagi daripada permintaan Nabi Ibrahim sendiri. Allah lah yang menganugerahkannya seperti yang tercatat dalam ayat Al-Quran di atas.

Kuiz 3 : Bentuk Seksaan Terhadap Nabi Ibrahim

Raja Namrud murka dengan Nabi Ibrahim kerana telah menghancurkan berhala dan memalukannya di hadapan semua pembesar. Akhirnya beliau memerintahkan para tenteranya untuk membakar hidup-hidup Nabi Ibrahim. Menyaksikan proses pembakaran itu, Raja Namrud dan para pengikutnya terkejut kerana api yang menyala dahsyat itu terpadam. Nabi tiba-tiba berjalan keluar dari pembakaran dengan selamat tanpa luka sedikit pun. Sejak saat itu, pengikut Namrud berpaling dan menjadi umat Nabi Ibrahim untuk terus lurus ke jalan Allah SWT.

Jadi, anda dah tahu kan serba sedikit tentang kisah Nabi Ibrahim ini. Nak tak untuk mengetahui tentang kisah nabi-nabi yang lain pula? Kalau nak, jom cepat-cepat ikuti Channel Telegram https://t.me/sedekahmuslim

One thought on “Siapakah Dua Nabi Yang Berbapakan Nabi Ibrahim?”
  1. Melalui artikel ini, kita akan kupaskan dengan lebih mendalam tentang kisah-kisah Nabi Ibrahim dan iktibar yang dapat diambil daripadanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada