fbpx

Syawal bukanlah hanya sekadar menyambut Aidilfitri semata-mata, namun disebaliknya terdapat juga beberapa peristiwa bersejarah yang menarik untuk dijadikan sebagai pengajaran.

Jadi jom kita rungkaikan jawapan itu dengan lebih mendalam lagi.

Kuiz 1. Berapakah Pasukan Muslim yang berhadapan 3000 Pasukan Quraisy pada perang Uhud?

Ia berlaku pada tahun Ke-3 Hijrah. Peperangan ini terjadi kerana kaum Quraisy ingin membalas dendam terhadap Rasulullah SAW dan umat islam yang menewaskan mereka pada perang Badar.

Pada awal perjalanan dari Kota Madinah ke Bukit Uhud, terdapat 1,000 tentera Islam yang dipimpin Rasulullah SAW mengikuti baginda. Namun, selepas dihasut oleh Abdullah bin Ubai bin Salul, 300 orang daripada mereka berpaling tadah.

Tinggallah 700 sahaja tentera Islam yang melawan 3,000 tentera Quraisy.

Ramai tentera Islam yang mati syahid termasuklah bapa saudara Nabi Muhammad SAW, Hamzah bin Abdul Mutalib. Kemenangan juga berpihak kepada mereka.

Pengajaran ini juga yang disebut-sebut sebagai salah satu ujian ketaatan kepada perintah Nabi SAW yang mahu keyakinan kita kepada Islam

Kuiz 2. Siapakah yang membantu Rasulullah SAW dalam mencetuskan strategi dalam Perang Khandak?

Ia berlaku pada tahun ke-5 Hijrah. Perang Khandaq ataupun dikenali sebagai Perang Ahzab menjadi pertempuran terbesar dalam bulan Syawal.

Salman Al-Farisi adalah orang mencetuskan sebuah strategi pembuatan parit yang dalam dan lebar bagi menghalau musuh dalam perang Khandak.

Akan kerana strategi itu, pasukan sekutu kaum musyrik mengalami kekalahan kerana ditiup angin yang kuat setelah menunggu lama di luar parit dan perang ini dimenangi oleh Rasulullah SAW dan 3000 lagi tentera muslim.

Perang ini untuk membuktikan keimanan atas janji Allah melawan kepungan pasukan gabungan Qurays, sekutunya dan Yahudi, dengan kemenangan yang luar biasa.

Kuiz 3. Bilakah berlakunya Perang Hunain?

Ia berlaku pada tahun ke-8 Hijrah. Di mana umat Islam menghadapi dua sekutu, iaitu suku Hawazin dan suku Tsaqif.

Pada waktu ini, orang Islam begitu ramai iaitu lebih kurang 12,000 orang berbanding 10,000 tentera musuh.

Setelah berlangsung selama 2 minggu akhirnya Rasulullah berhasil memimpin kaum Muslim dalam menaklukkan Makkah, tanpa pertumpahan darah.

Awalnya kaum muslimin kalah atas sifat sombong mereka kerana bangga dengan jumlah pasukannya yang banyak. Namun Allah SWT memenangkan juga kaum muslimin. Jadi pengajarannya adalah elakkan menjadi orang yang sombong kerana sifat itu amat dibenci oleh Allah SWT dan sentiasa yakinlah dengan kekuasaan-NYA.

Meskipun hanya ada 3 sahaja peristiwa yang dihuraikan namun terdapat banyak pengajaran yang sebenarnya kita boleh ambil.

Semoga peristiwa syawal ini memberi pengajaran kepada kita untuk menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.

Jom join Channel Telegram kami, iaitu SedekahMuslim.com untuk pengisian yang lebih menarik seperti kuiz, tips dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada