fbpx

Saat di hari akhirat, semua orang mengejar-ngejar untuk mendapat syafaat nabi kita iaitu Nabi Muhammad SAW.

Maka beruntunglah kita jika menjadi salah satu orang yang mendapat syaafat daripada nabi.

Tetapi amatlah rugi jika kita menjadi golongan yang dibenci dan paling jauh kedudukannya daripada nabi atas sebab perbuatan kita sendiri di dunia.

Anda nak tahu apa perbuatan tersebut? Jom kita teruskan pembacaan.

Kuiz 1: Golongan Yang Dibenci Nabi

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:

أَبغَضَكُمْ إِليَّ وَأبْعَدَكُمْ مِني مَجْلساً يَومَ القِيامةِ: الثَّرْثَارونَ، والـمُتَشَدِّقُونَ، وَالـمُتَفَيْهِقُون

“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya daripadaku pada hari Kiamat ialah orang yang paling lebat sembangnya, orang yang suka memperolok orang lain dan orang yang sombong bicaranya” [riwayat al-Tirmidzi].


1. “Thartharun”, iaitu golongan yang sembang kencang atau cakap berjela-jela yang tidak berfaedah. Mereka ini biasanya suka mencelah percakapan orang lain dan gemar menguasai perbualan tanpa memberi ruang kepada orang lain bercakap.

2. “Mutasyaddiqun”, iaitu golongan yang suka bercakap dengan gaya yang merendahkan atau meremehkan orang lain.

3. “Mutafayhiqun”, iaitu golongan yang bila bercakap, suka cerita tentang dirinya sahaja untuk tonjolkan dirinya lebih dari orang lain.

Kuiz 2: Apa itu riak

Riak adalah perbuatan yang memperlihatkan ibadah dengan niat mendapat perhatian atas pujian manusia, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi.

Sabda baginda yang bermaksud ” Yang amat aku takut ke atas kamu ialah syirik yang paling kecil. Kemudian baginda ditanya mengenainya dan baginda mengatakan itulah riak”

Hadis Riwayat Imam Ahmad

Kuiz 3: Tanda-Tanda Riak

Saidina Ali bin Abi Talib berkata:

Tanda orang riak itu ada empat, iaitu

1) Malas jika bersendirian
2) Rajin teramat dan ringan tulang jika di hadapan manusia
3) Menambahkan amalan jika dipuji orang
4) Mengurangkan amalan jika dikutuk orang

Semoga kita semua dijauhkan daripada sifat-sifat di atas. Jika terlintas dan melakukan perbuatan tersebut, cepat-cepat memperbetulkan niat dan kembali kepada Allah.

In syaa Allah apabila kita berusaha menjadi yang lebih baik, segala urusan kita tidak kira di dunia atau akhirat akan dipermudah.

Bagi anda yang ingin lagi mendapatkan perkongsian ilmu, ayuh tekan link di sebelah
http://SedekahMuslim.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada