Surau Al Hidayah, Flat PKNS, Jalan Tun Razak KL menyambut meriah sempena Sambutan Nuzul Quran serta Kempen Seikhlas Ramadan. Ustaz Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz iaitu Pengerusi PERKIM Datuk Keramat serta Daie Komuniti YADIM memulakan majlis dengan memberi tazkirah pada hari tersebut. Seterusnya, aktiviti sumbangan Seikhlas Ramadan dilakukan bagi menyerikan lagi majlis.
Ustaz Suhaimi sendiri yang menyampaikan sumbangan hadiah kepada 70 orang yang terdiri daripada remaja dan kanak-kanak. Manakala, Sumbangan berbentuk barangan keperluan sempena Ramadan dan Syawal diberikan kepada golongan dewasa sebagai persediaan kepada hari raya. Akhir kata, kami mendoakan agar Allah melimpahkan rezeki dan kemudahan dalam setiap urusan para penderma selama ini.
Jika belum jom sama-sama dengan SedekahMuslim.com membantu mereka yang dalam kesusahan seperti asnaf, ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik , muallaf, anak yatim dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka
Sedekah Muslim adalah satu platform One Stop Center untuk anda yang ingin menambah amal jariah sebagai bekalan untuk ke akhirat
Isikan maklumat anda untuk mendapat info info terkini dari kami di sedekahmuslim.com