Alhamdulillah, satu program mega telah dijalankan dengan jayanya. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Di samping mencari dana untuk para mualaf dan asnaf.
Terdapat juga penampilan khas dari tetamu undangan seperti;
1. Dato’ Afdlin Shauki
2. Daqmie
3. Dj Syafiq Salleh dan Team IKIM FM
4. Amin Idris
5. Erwan Johari
6. Suffian Amrin
7. Faiz Hj Othman
Tidak lupa juga tetamu-tetamu VVIP yang juga turut hadir bagi menceriakan majlis, iaitu;
1. YBHG Datuk Hj Nakhaie Hj Ahmad
2. Ustaz Suhaimi
3. Aima binti Ayob
4. Mohd Hisham bin Namat
5. Isteri Datuk Nakhaie
6. Hedzer Ibrahim (Pengerusi Sri Al Ummah)
7. Datin Mona Jasman & Suami
8. Team RHB BANK
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang turut menjayakan program ini. Tambahan pula, penutup program kali ini sangat bermakna kerana ia ditutup dengan ucapan kalimah syahadah dari dua orang saudara baru yang disaksikan oleh semua tetamu yang hadir. MasyaAllah!
Semoga dengan adanya program-program seperti ini, ia dapat menguatkan lagi rasa cinta kepada Baginda Nabi Muhammad SAW.
Sedekah Muslim adalah satu platform One Stop Center untuk anda yang ingin menambah amal jariah sebagai bekalan untuk ke akhirat
Isikan maklumat anda untuk mendapat info info terkini dari kami di sedekahmuslim.com