Pada 20 Mei yang lalu, Ummah Prihatin berjaya mengadakan majlis Rumah Terbuka bersempena dengan sambutan Hari Raya bersama PKOKM. Majlis berlangsung di Hotel Lazdana Chowkit, Kuala Lumpur.
Majlis rumah terbuka kali ini disambut meriah dengan adanya nyanyian karaoke, jamuan makanan yang banyak, dan juga orang-orang kerdil luar dari Selangor turut hadir. Semuanya nampak gembira, selain dapat lebih mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.
Alhamdulillah, tidak dilupakan, terima kasih juga buat para penyumbang kerana sudi berkongsi rezeki bersama kami di sini. Semoga Allah SWT kurniakan rezeki yang melimpah-ruah buat semua, Aamiin!
Sedekah Muslim adalah satu platform One Stop Center untuk anda yang ingin menambah amal jariah sebagai bekalan untuk ke akhirat
Isikan maklumat anda untuk mendapat info info terkini dari kami di sedekahmuslim.com