fbpx

Ramadan menjadi bulan terbaik kerana telah merakamkan satu peristiwa agung iaitu Nuzul Al-Quran. Mengikut sebahagian ahli sejarah, Nuzul Al-Quran ini berlaku pada fasa kedua bulan Ramadan iaitu pada 17 Ramadan.

Kuiz 1: Nuzul Al-Quran membawa maksud

Perkataan ‘Nuzul’ bermaksud menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Penggunaan istilah Nuzul Al-Quran ini adalah secara simbolik sahaja, yang bermaksud pemberitahuan Al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian dan kemuliaan Al-Quran itu sendiri.

Namun secara teknikalnya, Nuzul Al-Quran ini bererti ‘penurunan Al-Quran dari langit kepada Nabi Muhammad SAW.’

Al-Quran diturunkan melalui dua peringkat iaitu; peringkat penurunan ke Luh Mahfuz dan peringkat kedua pula adalah penurunan ke Baitul Izzah atau langit dunia.

Kuiz 2: Ayat pertama yang diturunkan adalah

Berdasarkan dalil dari hadis-hadis sahih, ayat pertama yang diturunkan dalam Al-Quran adalah ‘Ayat 1-5, Surah Al-Alaq.’

Lima ayat pertama ini mengandungi seruan bagi umat Islam untuk membaca, merenungi, dan menghayati kitab suci Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Allah yang terakhir.

Kuiz 3 : Antara keistimewaan Al-Quran

Al-Quran sangat istimewa berbanding dengan mana-mana kitab lain. Antara keistimewaannya adalah;

  1. Al-Quran adalah kitab Allah
  2. Al-Quran adalah kitab mahfuz (terpelihara)
  3. Al-Quran adalah mukjizat
  4. Al-Quran kitab nyata lagi mudah

Jom banyakkan membaca Al-Quran, mudah-mudahan ia dapat menjadi syafaat kepada kita di hari akhirat nanti.

Salam Nuzul Al-Quran 1443H kepada anda semua! Jadikan Al-Quran sebagai pegangan dan panduan kita sepanjang masa.

Jika anda ingin bersama-sama kami untuk bacaan Al-Quran setiap hari sepanjang Ramadan ini, jom join Channel Telegram SedekahMuslim.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada