Alhamdulillah, berkat sumbangan tuan-tuan, kita dapat lihat progress yang baik untuk pembinaan Madrasah Arabiah ini jika dibandingkan dengan peringkat awal dulu.
Namun, masih banyak lagi dana yang diperlukan untuk kami menyiapkan pembinaan ini sepenuhnya, sebelum boleh digunakan oleh para pelajar di sini.
Justeru itu, kami sangat mengharapkan infaq dan sumbangan daripada tuan-tuan yang bermurah hati untuk membantu.
Jika ada yang ingin menginfaqkan barang-barang binaan seperti simen, batu-bata, mozek, dan lain-lain juga sangat dialu-alukan.
Semoga asbab sumbangan tuan-tuan, Allah SWT mengurniakan kemewahan rezeki, dan menerima setiap kebaikan ini sebagai amal jariah yang berkekalan.
Doakan juga agar pembinaan ini berjalan lancar dan seterusnya dapat memberi manfaat kepada ummah.
Sedekah Muslim adalah satu platform One Stop Center untuk anda yang ingin menambah amal jariah sebagai bekalan untuk ke akhirat
Isikan maklumat anda untuk mendapat info info terkini dari kami di sedekahmuslim.com