Program Convocation 20 & 21 telah berlangsung selama 7 hari di Hall Level 3, PWTC. Salah satu pertubuhan yang mengikuti program tersebut adalah Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia. Alhamdulillah pada hari kejadian, sambutan amat menggalakkan dimana PPOBM menawarkan perkhidmatan mengurut yang dikendalikan sepenuhnya oleh golongan OKU penglihatan.
Di kesempatan itu, Ummah Prihatin tidak ketinggalan untuk memberikan sokongan kepada mereka. Kami juga menawarkan perkhidmatan mengurut secara percuma kepada 4 orang awam yang bertuah dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada pertubuhan tersebut. Bagi sesiapa yang memerlukan perkhidmatan mengurut secara di rumah, anda boleh terus menghubungi atau WhatsApp saja ke nombor di bawah.
Perkhidmatan Mengurut Dari PPOBM
0129346369
Sedekah Muslim adalah satu platform One Stop Center untuk anda yang ingin menambah amal jariah sebagai bekalan untuk ke akhirat
Isikan maklumat anda untuk mendapat info info terkini dari kami di sedekahmuslim.com