fbpx
LOGO-DI-WEBSITE-
Nikmat Juga Ujian

NIKMAT ITU UJIAN?

Ujian hidup adalah sesuatu yang pasti akan ditempuhi dalam kehidupan. Tidak ada seorang pun yang tidak akan menemui ujian. Setiap pelajar yang naik satu tingkatan akan melalui ujian. Begitu juga dengan orang yang beriman juga pasti diuji. Ujian hidup sama sekali tidak berbahaya bahkan ujian hidup merupakan sebahagian nikmat daripada Allah SWT.

Dihina sama sekali tidak berbahaya, yang berbahaya adalah mengambil sikap menghina. Ditipu sama sekali tidak berbahaya, yang berbahaya itu adalah mengambil sikap menipu. Selama ini, kita menganggap ujian itu dalam bentuk kesusahan, kesengsaraan dan penyiksaan. Kita jarang menganggap kesenangan dan nikmat sebagai ujian hidup. Kita lupa bahawa pangkat, penghormatan dan kedudukan adalah suatu bentuk ujian atau bahkan pujian juga adalah ujian buat kita. Nikat dan kesenangan mampu menjadi suatu bentuk ujian yang lebih berbahaya jika kita terlalu leka dan alpa.

Ujian kesusahan mampu mendekatkan seseorang dengan Allah SWT namun, sebaliknya jika manusia diberi dengan berbagai-bagai kesenangan dan kenikmatan, manusia lebih cenderung untuk menjadi tamak dan lupa kepada Sang Pemberi. Mereka menganggap bahawa mereka berhak dan layak menerima kenikmatan itu atas hasil usaha sendiri sehingga sanggup melampaui batas.

ADAB MENERIMA NIKMAT

  • Kenalpasti Bentuk Kenikmatan

Setiap kenikmatan dan kesenangan yang kita terima tidaklah semuanya mendatangkan kebaikan buat diri seseorang bergantung kepada penafsiran seseorang itu terhadap perkataan kesenangan. Boleh jadi menang loteri atau apa-apa bentuk judi adalah kesenangan kepada seseorang. Justeru, menjadi tanggungjawab sseorang untuk memastikan nikmat yang diterima mestilah diredhai Allah SWT. Jika kita seorang penguatkuasa dan menerima wang hadiah daripada pesalah laku untuk melepaskannya, hal ini jelas mendatangkan kemurkaan Allah. Inilah contoh kesenangan pada manusia namun tidak diredhai Allah. Boleh jadi apa yang kita sukakan tetapi ianya tidak baik untuk diri kita dan apa yang kita bencikan tetapi ianya sangat baik untuk kita. Oleh hal yang demikian, kenalpasti terlebih dahulu sumber kenikmatan sebelum menerimanya, jika ianya mendatangkan keburukan maka tolaklah ia dengan hati yang terbuka. Adapun itulah yang diredhai Allah SWT.

  • Bersyukur Kepada Allah SWT

Mungkin setiap orang pernah melalui detik-detik dimana kita mampu mencapai sesuatu yang kita inginkan setelah bersusah payah mendapatkannya. Ataupun kita mendapat kesenangan yang tidak disangka-sangka dan mengangapnya sebagai ‘luck’ atau ‘tuah’. Daripada kita menganggap suatu nikmat itu adalah usaha semata-mata atau ianya keberuntungan yang entah dari mana adalah lebih baik kita bersegera kembali kepada Allah SWT dengan cara bersyukur. Hal ini untuk mengelakkan diri kita daripada terus menerus hanyut dan tenggelam dengan kesenangan yang diberikan sehingga lupa kepada yang Maha Memberi.

Justeru, bersyukur dengan nikmat sangatlah tidak sukar dan boleh dilakukan dengan cara hati, lisan dan fizikal. Adapaun dengan cara hati adalah kita meyakini bahawa setiap yang baik, nikmat dan kesenangan itu datangnya daripada Allah SWT manakala bersyukur melalui lisan adalah dengan memujiNya dan menyebut “Alhamdulillah”. Tidak akan berlaku sesuatu perkara melainkan dengan izinNya. Membasahkan lidah dengan berzikir juga adalah suatu bentuk bersyukur. Seterusnya, bersyukur dengan fizikal adalah dengan melakukan sujud syukur. Boleh dikatakan sujud syukur adalah suatu perbuatan yang banyak dilakukan dalam kalangan pelajar apabila berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang besar. Namun, tanpa kita sedari, apapun keputusan yang kita perolehi perlu diterima dengan hati terbuka dan jiwa yang bersyukur. Justeru, sujud syukur bukan hanya untuk mereka yang mendapat semua A atau gred 4.0 tetapi semua hamba layak untuk sujud menunjukkan tanda syukur dan kehambaan kepada Allah SWT. Kita tidak akan menyedari betapa banyaknya nikmat yang Allah kurniakan jika kita terlalu berkira dan tidak mahu bersyukur. Allah SWT berfirman dalam surah an-Nahl ayat ke-18:

وَإِن تَعُدُّوا۟ نِعْمَةَ ٱللَّهِ لَا تُحْصُوهَآ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu) tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

  • Menggunakan Nikmat Ke Jalan Yang Haq

Setiap nikmat yang kita perolehi perlulah digunakan pada jalan yang betul. Sebagai contoh pangkat atau jawatan yang diberikan hasil kepercayaan dalam sesebuah komuniti hendaklah memainkan peranannya dengan baik. Jawatan yang disandang disini secara zahirnya kelihatan seperti suatu kelebihan yang tiada pada orang lain namun kelebihan itulah yang dipertanggungjawabkan untuk menajalankan amanah. Walhal, orang yang berjawatan ini hakikatnya ialah kuli bagi pengikutnya. Setiap kerja dan amanah yang dilakukan semuanya demi keperluan pengikut dan masyarakat.

Jika seseorang itu tidak mempunyai sebarang jawatan atau pangkat, contoh mudah yang boleh diambil ialah nikmat kesihatan dan usia yang muda. Kekuatan dan kudrat yang masih tinggi ini sepatutnya digunakan untuk terus beribadah kepada Allah dan melakukan amal soleh dan bukannya berjaga malam untuk melakukan perkara yang ditegah Allah SWT. Jelas perbuatan ini adalah kufur terhadap nikmat yang diberikan sedangkan Allah telah menjanjikan kepada hambaNya yang bersyukur dengan nikmatNya akan ditambahkan lagi baginya. Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat ke-7:

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ

Maksudnya: “Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

  • Mengucapkan Terima Kasih

“Terima Kasih”, suatu ucapan penghargaan yang diucapkan kepada seseorang setelah kita mendapatkan suatu bentuk kesenangan daripadanya. Ianya tidak terhad kepada sahabat, kawan dan keluarga sahaja bahkan dengan seseorang yang kita tidak kenal, berlainan bangsa dan agama bahkan orang yang kita benci sekalipun layak untuk dihargai. Kadang-kadang kita terlalu memilih untuk mengucapkannya hanya kerana ada perasaan permusuhan atau ‘racist’ sehingga menyebabkan perkataan yang sangat mudah untuk diucapkan menjadi berat. Hanya kerana sifat yang kuat menghukum. Sedangkan Allah datangkan bantuan daripada orang yang kita benci atau berlainan bangsa untuk menguji dan mengajar kita supaya hidup bertoleransi dan tidak saling bermusuhan. Tanpa disedari hanya dengan ucapan syukur iaitu terima kasih mampu mengubah persepsi yang buruk.

DOA MENSYUKURI NIKMAT

Tidak dinafikan hari-hari berlalu dan terasa begitu pantas kerana disibukkan dengan kerja dan tanggungjawab yang bertimbun banyaknya. Lumrah manusia itu adalah lupa, lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang ada. Justeru, kita digalakkan untuk mengamalkan suatu doa agar kiat sentiasa dan menjadi hambaNya yang bersyukur. Doa ini merupakan firman Allah SWT dalam surah an-Naml ayat ke-19 dan doa Nabi Sulaiman.

doa selalu bersyukur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada