fbpx

Kami berkesempatan menziarahi seorang ibu dengan dua orang anaknya yang OKU. Menetap di sebuah rumah pangsapuri empat tingkat di Alam Damai KL. Suaminya telah beberapa tahun meninggal dunia.

Puan Jamilah tenang dan sabar menjaga dua orang anaknya yang sakit Parkinson. Salah seorang darinya tidak boleh berdiri serta menguruskan dirinya. Anaknya itu juga pernah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.

Seorang lagi anaknya juga berstatus ibu tunggal dengan 3 orang anak. Ketiga-tiga anaknya dijaga oleh ibunya yang juga sakit Parkinson, sementara nenek (Puan Jamilah) adalah penaung kepada semua anak dan cucunya.

Meskipun ada menerima bantuan dari Pusat Zakat, serta bekas suami anaknya membantu kehidupan mereka, namun mereka memerlukan perbelanjaan yang lebih untuk kesemua seisi keluarga seramai 6 orang itu.

Jamilah-5

Banyak perbelanjaan keluarga ditanggung oleh anak sulung lelaki Puan Jamilah. Urusan beli makanan dan lauk pauk, bayaran utiliti dan lain-lain diuruskan anak lelaki yang tinggal berasingan bersama keluarganya sendiri. Beliau juga mempunyai lima orang anak untuk ditanggung.

PERKIM Datuk Keramat terpanggil untuk membantu keluarga ini secara tetap. Atas dasar simpati dan prihatin, sebahagian sumbangan orang ramai akan kami peruntukkan buat keluarga ini, In Sya Allah. Setidaknya, keluarga ini mempunyai bekalan makanan yang cukup untuk mereka selain kos kehidupan mereka sehari-hari.

Sudahkah Anda Bersedekah Hari Ini?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti asnaf, ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik , muallaf, anak yatim dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada