Satu program Syahadah telah dijalankan pada 9 Mei 2023 selepas sahaja solat Zuhur di Masjid Negara.
Alhamdulillah, hasil kerjasama bersama Menteri Agama (Jabatan Perdana Menteri) YB Dato’ Dr Naim Mokhtar yang hadir bagi mengislamkan 7 saudara baru telah berjaya dilaksanakan. Selan itu, kami dari PERKIM Datuk Keramat amat merasa bangga apabila Menteri Agama sendiri sudi untuk turun ke program ini untuk mengajar lafaz syahadah serta meluangkan masa dengan memberi pesan dan nasihat kepada para mualaf ini.
Semoga dengan adanya program seperti ini akan membuka lembaran baharu kepada semua insan diluar sana bahawa Islam itu adalah agama yang indah, diterima oleh semua orang, agama yang membawa kepada keamanan, perpaduan dan keharmonian.
Kami juga berdoa agar lebih ramai lagi insan yang terbuka hati untuuk menerima Islam. Serta mereka yang telah bersyahadah ini diberi kekuatan untuk istiqomah sehingga akhir hayat mereka.
Sedekah Muslim adalah satu platform One Stop Center untuk anda yang ingin menambah amal jariah sebagai bekalan untuk ke akhirat
Isikan maklumat anda untuk mendapat info info terkini dari kami di sedekahmuslim.com