fbpx

Hati tersentuh sayu apabila menziarahi kali ke 3 saudara Ammal Dzulqahar bin Ismail. Kami mengunjunginya pada jam 2.30 petang tadi dan sementara menunggu ketibaan kami, beliau terbaring di depan halaman rumahnya.

Kisahnya begitu menginsafkan. Ibunya telah lama meninggal dunia manakala ayahnya meninggal dunia pada tahun 2018. Anak muda ini berusia 34 tahun, tidak boleh bekerja kerana menghidapi sakit tulang belakang (slip disc), jantung, ghout dan lain-lain. Beliau mempusakai rumah peninggalan arwah ayah serta kereta dan motor yang hanya tersadai di rumah. Sekali imbas ia mencukupi kehidupan seorang insan, namun sebaliknya yang berlaku.

Beliau dikatakan ada saudara kandung, dan kakaknya sering mengirimkan duit untuknya belanja. Namun beliau hidup sebatang kara di rumah tanpa mampu mengurus diri. Bil uitiliti, kebersihan rumahnya pun tidak mampu diuruskan kerana sakit yang ditanggungnya.

 

Jiran-jirannya banyak membantu, membawa ke klinik mendapatkan ubat dan temujanji doktor, membelikan makanan, membersihkan halaman rumahnya dan memenuhi keperluan dirinya.

Ziarah kami ini memperlihatkan sakitnya yang semakin kritikal. Duduk lima minit pun tidak boleh, berdiri tidak boleh lebih dari seminit apatah lagi berjalan. Keluhan darinya menunjukkan ketidak sanggupan menahan sakit belakang yang semakin mencucuk. Temujanjinya dengan doktor di PPUM pada 15 September 2021, bayangkan dalam tempoh itu beliau menanggung derita sakit.

Sudahkah Anda Bersedekah Hari Ini?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti asnaf, ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik , muallaf, anak yatim dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penyelesaian Sumbangan Konsisten Platform Sumbangan Secara Auto​

jadi orang terawal untuk buat sumbangan auto bulanan

Maklumat Anda
Pilihan Infaqpay Yang Sedia Ada