Selesai sudah program khatan pada kali ini. Pelbagai reaksi dan gelagat yang ditunjukkan daripada adik-adik yang terlibat dengan program ini. Ada yang gementar, takut, tertanya-tanya dan macam-macam lagi la.
Seramai 50 orang peserta daripada golongan asnaf ini menyertai majlis khatan ini. Semua gembira kerana tiada yuran yang dikenakan memandangkan program ini ditaja penuh oleh MAIWP. Pada kali ini. Majlis Khatan Perdana anjuran Ummah Prihatin telah diadakan di Surau Taman Naluri dan juga MediCom pada hari khamis bersamaan 23 Februari 2023.
Di kesempatan itu, Ummah Prihatin dapat menyumbangkan jamuan makanan kepada semua peserta dan juga ibu bapa. Terima kasih kepada MAIWP dan MediCom Yang sama-sama menjayakan program ini.
Sedekah Muslim adalah satu platform One Stop Center untuk anda yang ingin menambah amal jariah sebagai bekalan untuk ke akhirat
Isikan maklumat anda untuk mendapat info info terkini dari kami di sedekahmuslim.com